Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 3.3 skala Richter melanda Sandakan lewat malam tadi menyebabkan penduduk panik.

Namun begitu, tiada amaran ancaman tsunami yang dikeluarkan. Jabatan Meteorologi berkata, “Gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 12.26 tengah malam di Sandakan dan 25 kilometer dari utara daerah Beluran.”


Pegawai Agensi Pertahanan Awam Malaysia Sandakan, Leftenan Ahmad Roslyn Kamel, berkata bahawa pihak mereka telah membuat pemantauan di daerah Sandakan selepas kejadian.


Menurut Pegawai Agensi Pertahanan Awam Malaysia Sandakan, Leftenan Ahmad Roslyn Kamel, pihak mereka telah membuat pemantauan di daerah Sandakan selepas kejadian.

Beliau berkata, “Tiada kecederaan atau kerosakan yang berlaku. Kami akan terus memantau situasi dari masa ke semasa.”