Tutup

Gempa bumi kuat landa Filipina

Gempa bumi kuat landa Filipina
MetMalaysia turut melaporkan gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda wilayah utara Laut Maluku, pada 1.29 pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda wilayah Mindanao, Filipina pada 9.11 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 20 kilometer barat dari Digos, Filipina pada kedalaman 10 kilometer.

Selain itu, MetMalaysia turut melaporkan gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda wilayah utara Laut Maluku, pada 1.29 pagi tadi.

Gempa itu berlaku kira-kira 128 kilometer barat laut dari Ternate, Indonesia pada kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun, kedua-kedua gempa tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA