Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda wilayah Kepulauan Fiji awal Ahad, demikian dilaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan itu berkata dalam satu kenyataan bahawa gempa itu, yang berpusat di 438 kilometer dari tenggara Laucala, Fiji, berlaku pada 2.57 pagi.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, menurut kenyataan itu.