Gempa bumi Sabah: "Jangan gegar katil bah!"

|

Penghuni Pangsapuri Platinum Putatan berkumpul di luar rumah berikutan gegaran gempa bumi yang melanda Sabah kira-kira jam 9.30 minit malam tadi. - Foto BERNAMA

"Jangan gegar katil bah."

Itulah perkongsian di media sosial oleh seorang netizen yang berkata katil beliau tiba-tiba bergoyang ketika sedang sibuk mengguna telefon.

Beliau menyangka kakak beliau yang menggegarkan katil.

Sebaliknya, ia gempa bumi bermagnitud 5.2 yang berlaku di daerah Ranau, Sabah pada Khamis. 


Seorang lagi berkata, “Ketika sedang bermesyuarat, gambar-gambar di dinding, bumbung dan lantai bergegar."


BACA: "Dinding macam telur hampir pecah"

BACA: Gempa bumi bermagnitud 5.2 melanda Ranau
  

Beberapa warga media sosial turut kongsi pengalaman mereka.


BACA: Pendaki batal ekspedisi susulan gempa Ranau 

Seorang netizen bernama Peterr berkata beliau masih trauma dengan kejadian gempa bumi di 2015.

“Bukan senang untuk hilangkan rasa trauma mangsa gempa bumi,” katanya.


Outbrain