Malaysia tidak lagi boleh beranggapan, bebas gempa bumi.

Tragedi yang berlaku akibat tsunami sudah membuktikan, negara perlu meningkatkan kesiapsiagaan dan mengikis sikap sambil lewa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, program berkaitan bencana dipertingkat di semua peringkat bertujuan mempupuk kesedaran awam.

Program ini telah pun dilakukan di Lahad Datu dan Putatan, Sabah, Labuan dan Langkawi, ia melibatkan pemindahan awal orang awam dan pada masa yang sama menguji keberkesanan sistem amaran awal tsunami serta tindak balas agensi pengurusan bencana terhadap amaran awal yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Sebelum ini, kita beranggapan bahawa Malaysia antara negara yang terselamat daripada sebarang bencana malah pada kejadian tsunami berlaku, tidak ramai yang pernah dengar perkataan tsunami itu sendiri," kata Wan Azizah.


Kerajaan jelasnya sentiasa menjalinkan kerjasama strategik dengan semua pihak termasuk United Nations Development Programme (UNDP), Japan International Cooperation Agency (JICA) dan kerajaan negeri Kedah.

Kerajaan turut membangunkan sistem pengurusan bencana berteraskan teknologi maju iaitu "remote sensing" dalam menyelaraskan maklumat-maklumat bencana berada dibawah satu sistem.