Sejak turun temurun orang Thailand berbangsa Melayu di wilayah Nakhon Srithamarat, selatan Thailand bertutur bahasa Melayu loghat Kedah, namun generasi mudanya semakin kurang bertutur bahasa itu.
Aktivis Bahasa Melayu di Khlongdin, Zainah Saiwari berkata generasi muda bangsa Melayu di wilayah itu kini lebih selesa bertutur bahasa Thai dialek selatan kerana pengaruh masyarakat sekeliling.
Ini ditambah oleh faktor penduduk berbangsa Melayu di situ yang semakin mengecil bilangannya, tiada pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, sekaligus mengurangkan aktiviti-aktiviti yang menggunakan bahasa Melayu, katanya.
Beliau berkata kini hanya segelintir golongan tua di Nakhon Srithamarat yang masih mempertahankan penggunaan bahasa Melayu.
"Orang Muslim di sini sudah lama bertutur bahasa Melayu, semasa nenek moyang saya dahulu mereka menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan sehingga zaman saya sekarang.
"Bahasa Melayu di sini ada persamaan dengan bahasa Melayu di bahagian utara Malaysia iaitu Kedah kerana ada seorang Tuan Guru yang bertutur bahasa Melayu loghat Kedah datang membuka pondok agama di sini, manakala di bahagian Daerah Thasala ada persamaan dengan bahasa loghat Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Khlongdin, ialah sebuah kawasan penempatan di daerah Muang di wilayah Nakhon Srithamarat dan majoriti penduduk di kawasan ini adalah orang Muslim.
Zainah, 66, yang bergiat dalam bidang bahasa Melayu di selatan Thailandsejak zaman mudanya, berkata perkembangan yang berlaku dalam kalangan generasi muda Melayu di Nakhon Srithamarat dibimbangi akan membantutkan perkembangan dan kemajuan bahasa Melayu di wilayah itu.
Berbeza dengan apa yang berlaku di Nakhon Srithamarat, penggunaan bahasa Melayu masih dipertahankan di wilayah Patani, yang merangkumi tiga wilayah iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani serta empat daerah di wilayah Songkla iaitu Chana, Thepha, Sebayoi dan Nathawi.
Majoriti penduduk di wilayah Patani adalah berbangsa Melayu dan ada sebahagian daripada golongan tua di sana yang hanya boleh bertutur bahasa Melayu loghat Kelantan dan tidak memahami langsung bahasa Thai.
Presiden Pusat Pengembangan Kebudayaan Islam, Pattani, Asnee Dolahlae, 36, berkata bahasa Melayu Patani ada persamaan dengan bahasa Melayu loghat Kelantan kerana dipengaruhi faktor sejarah zaman pemerintahan Patani.
"Menurut sejarah semasa Raja Kuning dari Patani mangkat, pemerintahannya telah diganti oleh Raja Bakal dari Kelatan kerana Raja Kuning tidak mempunyai pewaris.
"Oleh kerana raja dari Kelantan banyak berjasa kepada Raja Kuning maka dilantik raja dari Kelantan untuk memerintah Patani seramai lapan raja berturut-turut" katanya.
Asnee berkata Patani pada zaman dahulu merupakan sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu dari Songkhla hingga Kelantan sebelum diserang dan ditawan oleh Siam.
Mengikut sejarah, pernah suatu ketika dulu tertubuh sebuah negeri yang dinamakan Patani Besar pada tahun 1603, yang merangkumi Patani, Kelantan, Songkhla, Terengganu dan Pattalung.
Kerajaan ini kemudian berpecah apabila kerajaan pusat di negeri Patani diserang Siam pada tahun 1785, katanya.
Bernama
Sat Feb 13 2016
Faktor penduduk berbangsa Melayu di situ yang semakin mengecil bilangannya, tiada pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, sekaligus mengurangkan aktiviti-aktiviti yang menggunakan bahasa Melayu. - Gambar fail
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Generasi muda di Nakhon Srithamarat semakin lupakan Bahasa Melayu
Sejak turun temurun orang Thailand berbangsa Melayu di wilayah Nakhon Srithamarat, selatan Thailand bertutur bahasa Melayu loghat Kedah, namun generasi mudanya semakin kurang bertutur bahasa itu.