Gerakan koperasi perlu mengorak langkah dengan lebih agresif untuk merebut dan menguasai
pasaran global melalui platform eCoop Trade Centre, ujar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ia selaras dengan cabaran ekonomi digital berikutan Revolusi Industri 4.0.
"Sudah tiba masanya kita membuat anjakan paradigma supaya kita tidak berada di takuk sedia ada dan berupaya bersaing dalam era Industri 4.0.
"Berdasarkan sumbangan besar koperasi terhadap Sosioekonomi negara dan kesejahteraan rakyat, saya berpendapat Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dan agensinya termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia, perlu bertindak secara proaktif dalam merancang pembangunan koperasi di Negara ini," katanya semasa menyampaikan Amanat Perdana Menteri kepada Gerakan Koperasi sempena 100 tahun pada 2022 di sini pada Sabtu.
Kata Perdana Menteri, sumbangan koperasi bukanlah semata-mata mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi perlu juga dilihat dari aspek peningkatan kuasa beli rakyat yang membawa kepada kemakmuran bersama.
"Sebagai contoh di Jepun, Japanese Consumer Co-operative Union (JCCU) merupakan gabungan 320 koperasi pengguna dan dianggotai oleh 29 juta anggota. Mereka bukan sekadar menguasai segmen pasaran dengan membekalkan barangan keperluan harian tetapi mampu menawarkan persekitaran yang lestari kepada komuniti setempat," tambahnya.
Selain itu, koperasi disaran menguasai sistem rantaian nilai yang mantap dan ekosistem yang kondusif dengan melibatkan diri secara terus dalam aktiviti pembuatan, pembekalan, pengedaran dan perkhidmatan logistik.
"Gerakan Koperasi sebenarnya boleh memainkan peranan besar dalam membantu golongan B40 di bandar dan juga luar bandar bagi menangani peningkatan kos sara hidup.
"Bagi tujuan itu, saya mengalu-alukan pelaksanaan program Barang Asas 100 (BA 100), anjuran bersama Kementerian Pembangunan Usahawan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dalam sektor pemborongan dan peruncitan seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2019 baru-baru ini," ujarnya lagi.
Tun Dr. Mahathir juga mengalu-alukan inisiatif baharu Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk menggabungkan koperasi utama dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan dengan menubuhkan koperasi peringkat menengah iaitu Gabungan Angkatan Koperasi Borong dan Runcit (Akrab).
"Akrab berperanan sebagai pelengkap dalam co-operative linkages yang akan membolehkan koperasi menguasai keseluruhan rantaian pengedaran yang efektif khususnya dalam usaha mengurangkan harga barangan melalui pembelian secara pukal dan kemudahan pengedaran yang efisien.
"Inisiatif ini perlu diperkukuh dan diperluaskan lagi melalui jaringan e-Coop Trade Centre yang dapat mengurangkan peranan dan penglibatan orang tengah, sekaligus berupaya menstabilkan harga barangan keperluan di pasaran," kata Perdana Menteri lagi.
Astro Awani
Sat Sep 21 2019
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu Gerakan koperasi mengorak langkah dengan lebih agresif untuk merebut dan menguasai pasaran global melalui platform eCoop Trade Centre. - Foto Bernama
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 766.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 735 sen sekilogram.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Penganalisis positif terhadap prospek pertumbuhan sektor industri tahun ini
Penganalisis masih positif terhadap prospek pertumbuhan sektor perindustrian tahun ini.
Sentimen perniagaan Malaysia kembali positif pada suku pertama 2024 - BCI RAM-CTOS
BCI RAM-CTOS, yang menilai sentimen perniagaan berpandangan ke hadapan di Malaysia, meningkat kepada 53.4 pada suku pertama 2024.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
AmBank Group kekalkan unjuran KDNK pada 4.5 peratus tahun ini
AmBank percaya pemulihan secara statistik memainkan peranan, dengan penggunaan swasta dan eksport bersih dijangka meningkat pada 2024.