Tutup

Gitaris kumpulan rock Iban popular maut kemalangan

Gitaris kumpulan rock Iban popular maut kemalangan
Frebenus bersama lima ahli lain menubuhkan kumpulan band Tamang Raja yang popular dengan lagu hit single bahasa Iban seperti 'Tikas Pengerindu', 'Nama Kebuah Nuan Enda Madah' dan 'Asai Ka Gila'. - Foto Astro AWANI
KANOWIT: Pemain gitar bass kumpulan rock Iban popular Tamang Raja, Febrenus Harry Usup atau lebih dikenali dengan mana Fred Venus maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Poi-Majau dekat sini, lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, pihak polis dari Balai Polis Kanowit telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan satu kemalangan melibatkan sebuah kereta terbabas sendiri berhampiran kawasan Sungai Poi.
Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan Tega Bilong, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Axia yang dipandu mangsa, terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum terjunam ke dalam parit.

gitaris
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang memandu bersendirian dalam perjalanan dari arah Ngemah menuju ke Sibu apabila berlakunya nahas itu ," katanya dalam kenyataan semalam.

Kejadian itu menyebabkan mangsa berusia 36 tahun tidak sedarkan diri dan disahkan meningal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Kanowit.

Gitaris maut

Menurut Tega, isteri mangsa ada memaklumkan suaminya mengadu sakit dada sebelum kejadian dan dipercayai mangsa terkena serangan jantung ketika kemalangan berlaku.

Febrenus meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki yang masih bayi.

Sementara itu, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit yang tiba di tempat kejadian pada jam 7.30 petang telah berjaya mengeluarkan mangsa dari kenderaan sebelum diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kanowit untuk tindakan lanjut.

Tega berkata, kes tersebut disiasat mengikut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ)1987.

Frebenus bersama lima ahli lain menubuhkan kumpulan band Tamang Raja yang popular dengan lagu hit single bahasa Iban seperti 'Tikas Pengerindu', 'Nama Kebuah Nuan Enda Madah' dan 'Asai Ka Gila'.

Lagu popular mereka 'Asai ka gila' pernah menduduki carta Top 10 Cats FM iaitu dalam 'Cats Xposed Ethnic Division 'April tahun lepas.

Sementara, lagu single band kelahiran Sibu ini berjudul 'Tikas Pengerindu' pernah menduduki tangga teratas Anugerah Carta Sapa Juara 2016 (ACSJ 2016).