Golongan miskin tegar terpinggir dalam Belanjawan 2019 - Ahmad Zahid

Golongan miskin tegar terpinggir dalam Belanjawan 2019 - Ahmad Zahid
ZAHID: Mereka adalah golongan miskin tegar dan dalam keadaan harga komoditi merosot, sewajarnya perhatian lebih diberikan kepada mereka.
KUALA LUMPUR: Penduduk luar bandar khususnya golongan petani, nelayan dan pekebun kecil tidak mendapat manfaat langsung daripada Belanjawan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga presiden UMNO, berkata belanjawan tersebut tidak menyentuh secara khusus pakej untuk golongan berkenaan.
"Mereka adalah golongan miskin tegar dan dalam keadaan harga komoditi merosot, sewajarnya perhatian lebih diberikan kepada mereka," katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Besar, di sini, hari ini.

Turut hadir timbalannya,Datuk Seri Mohamad Hasan, naib presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Terdahulu, Mohamad, dalam ucapannya, menyifatkan Belanjawan 2019 sebagai tidak adil kepada masyarakat luar bandar kerana banyak tumpuan diberikan kepada kawasan bandar.

-- BERNAMA

Tag: ahmad zahid hamidi, belanjawan 2019, bajet 2019, pembangkang, umno, dewan rakyat, miskin tegar


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.