Golongan transgender meminta untuk tidak didiskriminasi masyarakat dan mendapat layanan saksama seperti rakyat Malaysia yang lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata perkara berkenaan diluahkan Nisha Ayub, yang mewakili golongan transgender, pada pertemuan berlangsung di pejabat menteri berkenaan di sini hari ini.
Mujahid berkata pertemuan dijalankan susulan isu penurunan gambar Nisha yang dipamerkan pada Festival Georgetown di Pulau Pinang itu juga membuka ruang bagi pihaknya mendekati golongan berkenaan.
"Menurut Nisha, beliau tidak mengetahui gambarnya dipamerkan di Festival tersebut (sehinggalah perkara itu tular) dan beliau menegaskan beliau bukanlah daripada kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) atau aktivis malah tidak suka dilabelkan sebagai LGBT," katanya kepada media di sini hari ini.
Mujahid berkata pada pertemuan tersebut, Nisha menceritakan mengenai diskriminasi yang dihadapi golongan itu terutamanya ketika di kawasan awam dan tempat kerja.
"Golongan transgender tidak menuntut untuk perkahwinan sesama jenis, yang minta adalah LGBT...oleh itu kasihan kerana mereka ditindas di tempat kerja dan ketika ke klinik mereka tidak mendapat layanan sewajar yang akhirnya mereka tidak bekerja lalu terjebak menjadi pekerja seks," katanya.
Menteri hal ehwal agama itu berkata menurut kajian, 80 peratus golongan transgender terjebak dalam aktiviti pelacuran.
"Berikan mereka peluang kerana mereka juga warganegara, dan mereka mahu menyumbang dan menjadi sama seperti orang lain untuk pergi ke sekolah, mendapat akses sama rata terhadap kesihatan, bahkan untuk beribadah dan pergi ke mana-mana tempat awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 10 2018
MUJAHID: Menurut kajian, 80 peratus golongan transgender terjebak dalam aktiviti pelacuran.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap
Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan.
JPM, KKD bincang penubuhan pasukan petugas untuk bendung penipuan dalam talian - Fahmi
Fahmi berkata ini adalah antara langkah bagi menghentikan sepenuhnya penipuan komersial yang semakin meningkat susulan kemajuan dalam teknologi digital dan memerangi penipu.
JPM Hal Ehwal Agama, HGIM jalin kerjasama dalam pembangunan kefahaman Islam
Ia bagi memperkasakan hal ehwal Islam di Malaysia dalam aspek pembangunan fitrah, budaya kesederhanaan Islam dan nilai wasatiyyah.
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
Kenyataan media dakwa Zulkapli disiasat adalah palsu - JPM
Kenyataan media bertajuk 'Siasatan Ke Atas Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam' yang didakwa dikeluarkan Perdana Menteri adalah palsu.
Anwar hadir majlis Madani Aidilfitri JPM, sambutan hari raya KKM
Anwar meluangkan masa hampir sejam pada majlis itu dan sempat beramah mesra dengan kira-kira 3,000 penjawat awam daripada agensi dan jabatan di bawah JPM.
Poster tular 'Kredit Shopee RM400' palsu - JPM
Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini, JPM menegaskan bahawa poster berkenaan adalah palsu.
PM seru kakitangan awam bawa perubahan pada negara
Ujar Anwar Ibrahim, matlamat itu mungkin sukar dicapai sekiranya tidak menerima kerjasama daripada semua pihak.
Tarekat: Ahmad Marzuk perlu guna saluran betul - NGO
Datuk Ahmad Marzuk Shaary diingatkan agar menggunakan saluran yang betul apabila memberikan pendapat peribadi mengenai tarekat dan tasawuf.
100 hari: Empat program JPM Hal Ehwal Agama lepasi sasaran KPI - Idris Ahmad
Program Musa'adah Tijariyyah 2.0 MAIWP merupakan antara empat program penanda aras pencapaian kejayaan JPM Hal Ehwal Agama dalam AKM.