Syarikat gergasi internet, Google menerusi pandangan aplikasi Google Earth tampil membantu kumpulan minoriti di Malaysia iaitu masyarakat Orang Asli dalam usaha mendokumentasi dan memelihara identiti dan cara kehidupan mereka yang unik.
Bersempena dengan sambutan Hari Orang Asli Sedunia 2019 yang akan disambut esok, Google Earth mengambil kesempatan meraikan masyarakat Orang Asli untuk memanfaatkan aplikasi berkenaan.
Menurut Ketua Google Malaysia, Marc Woo, Google Earth berupaya membantu komuniti dan orang ramai untuk melindungi dan memelihara alam.
“Aplikasi itu turut menyediakan satu platform terbuka bagi pelbagai komuniti dan memastikan kelestarian budaya, bahasa dan cara hidup mereka,” katanya ketika berucap pada program menghidupkan budaya Orang Asal bersama Google Earth di ibu negara pada Khamis.
Turut hadir ialah Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dan dua wakil masyarakat Orang Asli daripada suku kaum Temiar dan Semaq Beri, Pam Yeek dan Lili.
Bee Yin ketika berucap berkata, sebagai menteri, beliau tidak mahu sesiapa pun tertinggal dalam kemajuan negara yang kini membangun dengan pesatnya.
“Saya berharap menjelang Rancangan Malaysia ke-12, kita boleh berkongsi kejayaan dan kemakmuran bukan hanya di bandar, tetapi turut menjangkau masyarakat yang tinggal jauh di dalam hutan.
“Akses kepada teknologi tidak sepatutnya hanya dinikmati oleh penduduk di bandar sahaja. Penting untuk peluang itu dibahagi secara sama rata kepada semua komuniti untuk mengakses penggunaan peralatan teknologi sebegini,” katanya semasa berucap.
Pada masa ini, terdapat sebanyak 50 buah kampung Orang Asli di beberapa negara berjaya dibuat pemetaan.
Ia melibatkan kawasan seluas 230,942.98 hektar (570,672.53 ekar) di Pahang sebanyak 20 perkampungan, Perak (18), Kelantan (16), Johor (4) dan Negeri Sembilan (2).
Suku kaum yang terlibat pula termasuk Jakun, Temiar, Semai, Semaq Beri, Semelai, Temuan, Bateq dan Jahai.
Dalam pada itu, Pakar Pemetaan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Jef Yangman berkata, dengan geran yang dibiayai oleh Google, komuniti Orang Asli dapat membuat pemetaan persempadanan tanah, sistem penggunaan tanah, tapak-tapak sumber, tapak-tapak sejarah dan lokasi penting untuk upacara keagamaan.
“Ia mustahak kerana mereka dapat mengenal pasti sejauh mana persempadanan tanah serta beberapa kawasan ekonolgi dan geografi yang penting bagi mereka dari segi sejarah, budaya dan mata pencarian bagi suku kaum Temiar.
“Bagi suku kaum Semaq Beri, mereka lebih tertumpu kepada pemeliharaan bahasa ibunda komuniti itu melalui penceritaan, amalan kebudayaan dan lagu-lagu.
“Kita mempelajari bagaimana komuniti ini menggunakan telefon mudah alih secara proaktif untuk merekod dan berkongsi lagu-lagu serta kisah mereka agar bahasa dan budaya dapat dikekalkan,” ujarnya.
Astro Awani
Thu Aug 08 2019
Bersempena dengan sambutan Hari Orang Asli Sedunia 2019 yang akan disambut esok, Google Earth mengambil kesempatan meraikan masyarakat Orang Asli untuk memanfaatkan aplikasi berkenaan. - Foto Astro AWANI
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024
Sebagai ganti, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.
Think Quran lain daripada yang lain
Jelas Mawi, tidak banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca seperti terdapat pada Think Quran.
Pelancong, nomad digital kini boleh berbelanja seperti lokal
Di sebalik kadar positif kemasukan pelancong asing, Malaysia memerlukan lebih banyak perbelanjaan antarabangsa dalam usaha negara menghasilkan pengalaman percutian yang berkualiti.
Satu aplikasi untuk semua perkhidmatan bas di Lembah Klang akhir tahun ini
Aplikasi berkenaan kini dalam peringkat mengumpul data dan diusahakan bersama antara tiga operator bas.
Kolaborasi Astro - Qalbox tawar program Islamik terbaik
Kerjasama strategik ini memberi pelanggan Astro pilihan kandungan berfokuskan Islam yang lebih pelbagai, sekali gus memperkaya landskap hiburan di Malaysia.
Aplikasi kumpul data, kesan kawasan panas gangguan seksual
Sisterhood Alliance memperkenalkan aplikasi Safecity yang dibangunkan di India, sebagai platform untuk mangsa 'bersuara' tanpa gusar.
Aplikasi temu janji Muslim, Muzz, kalah rayuan terhadap Match Group
Muzz telah mengkritik keputusan itu, menyifatkan tindakan undang-undang itu "sangat membimbangkan bagi start-ups lain dalam sektor temu janji".
WhatsApp akan benarkan seramai 1,024 dalam 'group chat'
WhatsApp bakal meningkatkan had jumlah ahli mesej berkumpulan (group chat) kepada seramai 1,024 berbanding had seramai 512 ahli ketika ini.
Perak lancar aplikasi Talent Perak, mudahkan urusan mencari kerja
Kerajaan Perak menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) melancarkan aplikasi Talent Perak bagi memudahkan urusan mencari pekerjaan terutama golongan anak muda di negeri ini.
Wujudkan platform salur penemuan penyu secara terus
Penggunaan aplikasi dan nombor kecemasan lebih praktikal untuk digunakan orang awam berbanding talian telefon rasmi.