Itulah hebatnya Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Kadar kebolehpasaran graduan Unimas ini pada tahun 2017 mencatatkan 81 peratus, iaitu mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata pencapaian itu membuktikan komitmen yang dilaksanakan Unimas seperti program keusahawanan serta kerjasama erat dengan JobStreet.com, ternyata memberi kesan besar kepada kebolehpasaran graduan.

Beliau berkara, baru-baru ini Unimas terpilih sebagai Jobstreet.com Preferred University bahawa universiti itu yang terpilih dan disyorkan di Malaysia.

"Dengan pengiktirafan ini, graduan Unimas akan dipaparkan dalam pencarian premium 90,000 majikan berdaftar dengan JobSreet.com,” katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.

Mohamad Kadim berkata, kebolehpasaran graduan Unimas juga disumbangkan oleh pengiktirafan antarabangsa yang diterima universiti itu.

Selain itu, beliau berkata, di peringkat kebangsaan pula, Unimas berada di kelompok 10 universiti terbaik di Malaysia dan universiti terbaik di Borneo.