Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan bukti pembayaran gaji RM5 juta kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.
Katanya, beliau mahu bekas perdana menteri menunjukkan bukti berkenaan agar rakyat Malaysia dapat mengetahui ke mana wang negara digunakan.
"Saya nak tanya bolehkah mantan perdana menteri tunjuk bukti bahawa Arul Kanda mendapat RM10 juta satu tahun dan RM5 juta untuk tempoh enam bulan, ini kerana beliau (Najib) menyatakan Arul mendapat gaji lebih tinggi semasa bekerja di tempat swasta.
"Jadi saya harap mantan perdana menteri boleh tunjuk bukti," katanya kepada pemberita selepas sidang media filem 'Rise Ini Kalilah' di sini, hari ini.
Lim turut membidas kenyataan bekas perdana menteri bahawa Arul telah banyak berkorban dan memberikan sumbangan terhadap 1MDB, sebaliknya Lim berkata 1MDB hanya sebuah syarikat yang rugi dan mempunyai hutang yang banyak.
"Dia (Arul) korbankan apa, apa yang dia rugi, sebenarnya kita boleh lihat Arul untung RM5 juta dalam tempoh enam bulan dan ini ditandatangani oleh Najib sendiri. So apa kata bekas PM, kita bukan nak dendam, kita hendakkan akauntabiliti, mananya pergi wang negara mengapa kita hutang sampai RM50 bilion untuk skandal 1MDB.
"Sekiranya kalau kita hendak menyiasat akauntabiliti dan transparency ini pun dikira dendam, macam ini 30 juta rakyat Malaysia pun berdendamlah. Tiga puluh juta rakyat Malaysia pun nak tahu mana wang pergi, mengapa kita hutang begitu besar sampai RM50 bilion untuk satu skandal 1MDB. Ini belum kira skandal-skandal lain. Satu syarikat 1MDB sudah hutang RM50 bilion dan rugi begitu besar," katanya.
Lim berkata, beliau memberikan masa kepada Najib untuk menunjukkan bukti berkenaan sebelum perbicaraan kesnya di mahkamah dimulakan.
Sebelum ini, bekas perdana menteri itu dilaporkan mempertahankan pakej gaji RM5 juta yang diberi kepada Arul yang disifatkan sebagai mendapat gaji lebih rendah ketika Arul berkhidmat dengan 1MDB berbanding jumlah yang diterimanya ketika bertugas dengan sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Najib turut dilapor berkata Arul sanggup menerima gaji jauh lebih rendah untuk bertugas dengan 1MDB dan malah berjaya mengurangkan hutang syarikat milik negara itu daripada RM50 bilion kepada RM30 bilion. -- Bernama
Bernama
Sun Aug 05 2018
Guan Eng memberikan masa kepada Najib (gambar) untuk menunjukkan bukti pembayaran gaji Arul Kanda sebelum perbicaraan kesnya di mahkamah dimulakan. - REUTERS
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.