Gabenor Wilayah Guangdong, Zhu Xiodan, menyatakan minat beliau dalam bidang pelancongan dan perindustrian di Melaka, yang berpotensi diteroka bersama oleh Melaka dan Guangdong.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Zhu menyatakan minat dalam projek pelabuhan pelancongan yang kini dalam peringkat kajian oleh Melaka dan kawasan industri maritim yang bakal mewujudkan beberapa kawasan perindustrian.
"Saya telah mengatakan kepada beliau (Zhu) kawasan di sini (di Pulau Melaka) cukup sesuai untuk pelabuhan pelancongan itu dan sememangnya antara tujuan asal ia (Pulau Melaka) dibina.
"Beliau yang bersikap terbuka dan progresif dalam menilai potensi Melaka, turut menyatakan tidak salah beliau datang dan memilih Melaka dalam lawatan pertamanya ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengiringi Zhu melawat projek pembangunan hartanah mega Melaka Gateway di Pulau Melaka, Bandar Hilir di sini.
Zhu dalam rangka lawatan kerja selama sehari ke Melaka hari ini.
Idris berkata Zhu turut meminta laporan tentang kemajuan Melaka Gateway bagi memudahkan beliau mempromosikan projek itu kepada pelabur dan penggiat industri di Gunagdong.
Beliau berkata Zhu mahukan hubungan dua hala yang sistematik dengan Melaka, yang dijalin secara berperingkat-peringkat, dengan meletakan penanda aras yang perlu dicapai pada setiap peringkat.
"Saya melihat sendiri kesungguhan dan semangat beliau dalam memastikan hubungan dua hala ini terjalin dengan sempurna, kukuh dan mampu menguntungkan kedua-dua belah pihak, saya akan pastikan hubungan ini berjaya," katanya.
Untuk itu, kerajaan negeri akan mewujudkan portfolio baharu, perdagangan antarabangsa, yang akan diletakkan di bawah tanggungjawab Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Lim Ban Hong.
"Melalui portfolio ini, kerajaan negeri akan dapat meneliti semua urusan perdagangan antarabangsa terutama melibatkan hubungan antara Melaka dan Guangdong," katanya.
Bernama
Sun Sep 20 2015
IDRIS: Saya telah mengatakan kepada Zhu Xiodan, kawasan Pulau Melaka cukup sesuai untuk pelabuhan pelancongan.
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Guangdong minat bidang pelancongan dan perindustrian di Melaka - Ketua Menteri
Gabenor Wilayah Guangdong, Zhu Xiodan, menyatakan minat beliau dalam bidang pelancongan dan perindustrian di Melaka, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.