Orang ramai di negeri ini dinasihatkan terus berhemah dalam menggunakan air bagi memastikan bekalan air terawat dapat disalurkan secara berterusan tanpa gangguan.
Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata hal ini berikutan musim kemarau yang dijangka berlanjutan sehingga April berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.
"Walaupun bekalan sumber air mentah yang diterima dari 44 loji rawatan adalah pada paras normal dan masih beroperasi seperti biasa, namun ada beberapa muka sauk yang mengalami simptom penyusutan akibat cuaca kering sejak dua minggu lalu.
"Tetapi kita sentiasa melakukan pemantauan di semua muka sauk bagi memastikan air berada pada paras yang mencukupi," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna agar sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman rumah bagi mengelakkan sebarang kebocoran sebagai langkah penjimatan air.
Ahmad Faizal berkata pengguna juga perlu mengelakkan aktiviti-aktiviti seperti membasuh kereta pada waktu siang kerana penyejatan lebih cepat berlaku pada waktu panas.
"Selain itu, elakkan penyiraman pokok bunga berlebihan dan menggunakan penyapu untuk pembersihan halaman rumah berbanding menggunakan air.
"Penjimatan air juga boleh dilakukan bagi kerja-kerja domestik seperti mencuci pakaian menggunakan mesin basuh hanya apabila muatan penuh dan penggunaan pancuran air berbanding tab ketika mandi," katanya.
Tambahnya, sebarang maklumat lanjut berkaitan bekalan air setempat, pengguna boleh terus menghubungi SAJ Info Center menerusi talian 1 800 88 7474 atau menerusi sistem pesanan ringkas di 019 772 7474 dan menerusi e-mel [email protected] yang beroperasi 24 jam serta di laman sosial Facebook 'Setitis YANG Bermakna'.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 19 2019
Pengguna dinasihati agar sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman rumah bagi mengelakkan sebarang kebocoran sebagai langkah penjimatan air. - Gambar hiasan
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Guna air berhemah pada musim kemarau - SAJ
Ini berikutan musim kemarau yang dijangka berlanjutan sehingga April berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Laporan rasmi paip bocor LRA Semanggar siap minggu ini
Insiden paip bocor di Loji Rawatan Air Semanggar, Kota Tinggi yang menjejaskan 11,000 akaun pengguna, berpunca daripada masalah paip besi yang berusia.