Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menggesa agar penggunaan teknologi terbaru seperti dron bagi mengawasi kawasan pembinaan dan kawasan berisiko tinggi.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu kenyataan hari ini berkata, NIOSH yakin bahawa penggunaan teknologi terbaru hendaklah juga digalakkan dalam kalangan pemaju dan kontraktor untuk mengawasi pekerja, mesin dan aktiviti di bahagian tanah/bawah secara lebih berkesan.

"Teknologi tanpa wayar yang disertakan perisian dan gajet seperti dron dan gear penderiaan jarak jauh yang terbaru, membolehkan pengurus keselamatan untuk mengawasi setiap pekerja dan mesin menerusi komputer riba atau telefon pintar selain daripada menilai keadaan semasa di tanah/bawah.

"Teknologi terbaru diguna di negara maju seperti kenderaan aerial tanpa pemandu (UAV) untuk memeriksa kawasan kemalangan dan pengimbas laser untuk siasatan tepat, yang memerlukan dimensi tiga (3D) pembinaan semula di tempat kemalangan, katanya.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran dilaporkan berkata bahawa kementerian merancang untuk memperluaskan penggunaan dron untuk mengawasi kawasan pembinaan dan kawasan berisiko tinggi, susulan tragedi tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus di P. Pinang pada 19 Okt.

Lee juga mencadangkan agar diperkenalkan penguatkuasaan dan dasar yang lebih ketat menerusi pengukuhan undang-undang sedia ada.

"Ini termasuk meminda Akta Pengawalseliaan Sendiri dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 bagi membantu negara menghadapi cabaran baru dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)," katanya.

-- BERNAMA