Kuala Lumpur mula lengang hari ini apabila ramai perantau di kota mula pulang ke kampung halaman.

Bagaimanapun jumlah kenderaan meningkat di trafik mula bertambah di bandar-bandar utama di selatan, utara dan Pantai Timur.

Hari hari terakhir Ramadan ini juga membolehkan anda merancang perjalanan untuk berhari Raya pada 1 Syawal.

Menggunakan data trafik yang diperoleh menerusi portal Katsana, kami sediakan tip bagi membantu anda merancang perjalanan beraya anda.

Grafik Astro AWANI
Trafik sudah lengang di Kuala Lumpur memandangkan warga kota sudah bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing.

Grafik Astro AWANI
Lebuhraya PLUS arah utara kurang sesak dari jam 12 tengah malam hingga 10 pagi

Grafik Astro AWANI
Lebuhraya PLUS menuju ke selatan lancar sehingga simpang keluar Alor Gajah.

Grafik Astro AWANI
Lebuhraya PLUS menuju ke utara lancar hingga simpang masuk, namun mulai sesak selepas simpang keluar Tambun hingga Taiping.

Grafik Astro AWANI
Trafik di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua mula sesak seawal jam 10 pagi.