Para guru disaran untuk sentiasa bersedia menempuhi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) seiring dengan era globalisasi.
Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata guru perlu berani membuat perubahan dan mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi mengikut perkembangan teknologi semasa.
"Dalam persekitaran pendidikan yang kaya ICT atau 'ICT rich environment', para guru harus memainkan peranan utama sebagai ejen perubahan. Begitu jugalah daripada pihak pengurusan sekolah.
"Mengintegrasi dan membudayakan ICT pada setiap kesempatan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mampu mempengaruhi minat dan keupayaan untuk mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran sedia ada serta membawa amalan tersebut ke peringkat yang lebih berkualiti," katanya berucap merasmikan Festival Guru Malaysia 2019, di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Amin Senin.
Maszlee berkata teknologi mudah alih generasi kelima atau 5G sering diperkatakan pada masa kini walapun teknologi 5G itu hanya akan dilancarkan di negara ini menjelang 2021 atau 2022.
Justeru, beliau berharap para guru bersedia untuk memanfaatkan teknologi 5G dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan persediaan yang diperlukan untuk melaksanakannya.
"Kemudahan teknologi 5G ini yang bakal menawarkan kelajuan data lebih pantas akan memberi peluang kepada rakyat untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi dengan lebih berkesan sekali gus memberi nilai tambah kepada taraf hidup mereka termasuklah dalam bidang pendidikan," katanya.
Mengulas mengenai festival itu, Maszlee berkata penganjuran festival tahunan itu adalah satu platform bagi menyebarluaskan maklumat terkini berkaitan teknologi dan amalan baik dalam sistem pendidikan yang semakin dinamik dan berubah mengikut arus zaman.
"Di samping itu, ia tentunya menjadi saluran terbaik dalam memperkasa aspirasi kerajaan untuk meningkatkan aksesibiliti dan ekuiti pendidikan di dalam usaha menjadikam Malaysia sebagai hab pendidikan dan membangunkan masyarakat berilmu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2019
Guru perlu berani membuat perubahan dan mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi mengikut perkembangan teknologi semasa. - Gambar hiasan
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Jangan ubah, pinda lagu Negaraku dalam mana-mana acara rasmi sekolah - KP Pelajaran
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, pihak sekolah perlu sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam melaksanakan perkara-perkara asas terhadap lambang-lambang negara.
Guru perlu bersedia tempuh cabaran Revolusi Industri - Maszlee
Guru perlu berani membuat perubahan dan mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi mengikut perkembangan teknologi semasa.
Tiada kekurangan guru bahasa Inggeris - KP Pelajaran
Datuk Dr Amin Senin berkata, sebaliknya, jumlah guru opsyen bahasa Inggeris yang mengalami kekurangan.
Ketua Pengarah KPM nafi akaun palsu Facebook Messenger
Mesej palsu itu antara lain menyebut Datuk Amin Senin akan memberikan geran sebanyak AS$150,000 bagi membantu golongan yang memerlukan.