Para guru mempunyai pengaruh kuat untuk memupuk semangat muhibah dalam kalangan pelajar berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum dan budaya yang seterusnya akan memastikan kekuatan serta kestabilan negara, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah maka itu guru-guru wajib terus memberi keutamaan memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum walaupun negara telah mencapai kemerdekaan berpuluh tahun lamanya.
"Gagasan kepada pendidikan yang cemerlang, didukung oleh orang yang penuh berbakat, gigih lagi tekun bekerja," titah baginda ketika melancarkan buku 'Yahya Ibrahim; Ikon Pendidikan Negara' di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.
Buku setebal 153 muka surat mengenai Tan Sri Yahaya Ibrahim atau lebih dikenal sebagai Cikgu Yahaya dihasilkan oleh tiga warga UPSI iaitu A. Halim Ali, Raja Ahmad Shalaby dan Ahmad Janatul Firdaus.
Sultan Perak bertitah guru terbilang dan berdediksasi berupaya menyalakan bara semangat belajar dalam kalangan pelajar selain sanggup bekerja sepanjang masa demi memastikan anak didik mencapai kejayaan lebih gemilang daripada mereka sendiri.
Baginda menarik perhatian dengan bertitah guru yang namanya menjadi sebutan di hujung setiap lidah pelajar adalah mereka yang berjaya memenangi hati pelajar.
Sultan Perak turut bertitah falsafah yang dipegang dan peranan yang pernah dilaksanakan oleh guru lulusan Kirkby College pada era pra dan pascamerdeka hendaklah diteruskan oleh warga pendidik di setiap bilik darjah dan di setiap sekolah di negara ini.
"Bonda beta Tuanku Permaisuri Bainun adalah seorang lulusan Kirkby College. Baginda mengamalkan sikap sangat terbuka, menerima dan menghormati teman sekerja, rakan kenalan, jiran tetangga serta ibu bapa dan murid yang berlatar belakang pelbagai agama dan pelbagai kaum.
"Baginda menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak didik untuk mengenali dunia lebih luas yang membantu beta dan adinda-adinda tanpa berprasangka negatif, berupaya menjalin perhubungan persahabatan yang lebih lebar, merentasi sempadan agama, kaum, budaya, politik dan negara," titah Sultan Nazrin.
Sambil menzahirkan penghargaan atas pelancaran buku itu, Sultan Nazrin berharap agar usaha berkenaan menjadi pendorong kepada UPSI mengusahakan siri penerbitan tokoh-tokoh pendidikan dan keguruan sama ada tempatan atau antarabangsa.
Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 18 Feb 1929, Yahaya yang merupakan lepasan Kirkby College menceburi bidang pendidikan selama 30 tahun mulai 1954 dan walaupun telah bersara beliau terus aktif sehingga hari ini melibatkan diri dalam dunia pendidikan swasta serta pendidikan peringkat universiti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2017
SULTAN NAZRIN: Gagasan kepada pendidikan yang cemerlang, didukung oleh orang yang penuh berbakat, gigih lagi tekun bekerja.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.
Tidak salah guna media sosial namun guru diingat patuhi garis panduan KPM
Kementerian Pendidikan memiliki garis panduan berkaitan penggunaan media sosial dalam kalangan guru dan sentiasa memantau keadaan itu.
KPM pelawa guru sertai program pembudayaan STEM - Fadhlina
Guru Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dipelawa menyertai program pembudayaan STEM.
KPM pantau iDME setiap jam, tambah baik dari semasa ke semasa - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memantau Sistem Pengurusan Identiti (iDME) setiap jam bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik.
Guru didakwa raba murid dalam kelas
Kesalahan itu dilakukan di dalam kelas tahun lima sebuah sekolah di Durian Tunggal, Alor Gajah kira-kira pukul 10.30 pagi, 26 Mei 2022.
KPM tambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu, mudahkan tugas guru
SPPB adalah satu sistem pengurusan pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM.
Langgar guru: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom pemandu mabuk
Suspek telah dibebaskan dengan jaminan sebaik sahaja tempoh reman selama tiga hari berakhir pada Isnin.
Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman guru, petugas UM wajibkan ambil vaksin COVID-19
Mahkamah Tinggi menolak dua permohonan semakan kehakiman difailkan oleh lima guru sekolah dan 19 petugas UM terhadap pekeliling kerajaan yang mewajibkan mereka mengambil vaksin COVID-19.
Izinkan pelajar berfikiran kreatif, mencabar kelaziman - Canselor UPSI
Guru yang sejati bukan sahaja hebat dalam kaedah pengajarannya, malah memiliki sifat pendidik yang semula jadi lagi berhemah, titah baginda.
MOBIM memanfaatkan lebih 31,000 guru
MOBIM telah membantu memudahkan guru merancang PdP dengan panduan serta pelbagai strategi yang menyeronokkan.