Kementerian Pendidikan belum menerima arahan untuk menutup sekolah atau menukar menu di kantin sekolah-sekolah di Kelantan susulan penularan wabak selesema burung (H5N1) sejak awal bulan ini.
Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alias Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan memantau perkembangan wabak termasuk makanan yang dibekalkan ke sekolah.
"Kita sentiasa berhubung dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk mendapatkan perkembangan semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Wakaf Mek Zainab di sini hari ini.
Pada 15 Mac lepas, kerajaan Kelantan mengisytiharkan wabak selesema burung sebagai bencana negeri selepas wabak itu menular ke beberapa jajahan.
Setakat ini, 22 kampung di enam jajahan iaitu Kota Bharu (14 kampung), Pasir Mas (4), Tumpat (1), Pasir Puteh (1), Bachok (1) dan Tanah Merah (1) dikesan dilanda wabak itu.
Kes pertama kali dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac selepas beberapa ekor ayam kampung ditemukan mati.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2017
ALIAS: Kita sentiasa berhubung dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk mendapatkan perkembangan semasa.
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Virus selesema burung landa Antartika, penguin terjejas
Penyakit itu mula dikesan di tanah besar benua beku itu bulan lalu dan sejak itu dikesan dalam populasi burung penguin dan kormoran.
Selesema burung: Risiko kepada manusia rendah, tapi perlu bersedia - WHO
Terdapat laporan baru-baru ini mengenai jangkitan kepada cerpelai, memerang dan anjing laut.
50,000 ayam dimusnahkan di Denmark akibat wabak selesema burung
Kira-kira 50,000 ekor ayam perlu dimusnahkan susulan penularan baharu virus selesema burung di sebuah ladang di barat Denmark, menurut kenyataan Kementerian Makanan, Pertanian dan Perikanan negara itu
Selesema burung: 37,000 unggas dihapus untuk cegah penularan wabak
Peru mengisytiharkan darurat kesihatan kebangsaan selama 90 hari kelmarin selepas mengesahkan kes selesema burung H5N1 .
Perancis kesan selesema burung di ladang itik
Wabak dikesan di ladang itik yang terletak di Saint-Nizier-le-Desert, lapor Le Figaro, memetik jabatan wilayah Ain.
Trivia: 5 wabak ini pernah mengancam nyawa rakyat Malaysia
Penularan wabak penyakit semestinya menakutkan populasi dunia. Lebih-lebih lagi jika ia muncul secara tiba-tiba dan tiada vaksin dapat mencegahnya.
Tiada haiwan hidup, produk diimport dari Shaoyang, China
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, China telah mengambil tindakan untuk mengawal penyakit H5N1.
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 2 Februari 2020.
Virus H5N1 pula serang China, lebih 4,000 ayam mati
Wabak ini bermula di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang yang mempunyai 7,850 ekor ayam.
Malaysia bebas penyakit selesema burung
Malaysia diisytiharkan bebas daripada selesema burung atau Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) H5N1 mulai Sabtu lepas.