Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin malam.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Setiausaha Politik beliau Syahir Sulaiman menerusi satu muat naik di Facebook.

Abdul Hadi juga dinasihatkan untuk terus berehat di IJN bagi menjalani pemeriksaan susulan.

Abdul Hadi pernah dimasukkan ke IJN pada Mei 2017 untuk menjalani pembedahan penggantian injap jantung dan menerima rawatan intensif daripada pakar-pakar di situ selama sebulan.