Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap pembebasan peguam dan aktivis Siti Kasim daripada pertuduhan menghalang tugas seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada satu acara di sebuah hotel pada 2016.
Perkara itu dimaklumkan peguam A. Saha Deva kepada pemberita selepas pengurusan kes saman Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim terhadap JAWI di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, hari ini.
"Pihak kami telah dimaklumkan bahawa notis rayuan itu difailkan pada 27 Ogos lepas. Jadi, mahkamah telah menetapkan 28 Okt ini untuk pengurusan kes selanjutnya bagi mengetahui status rayuan,” kata peguam itu.
Semakan melalui sistem kehakiman menunjukkan rayuan pendakwaan itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, Farah Azura Mohd Saad pada 5 Okt ini.
BACA: Siti Kasim lepas bebas tuduhan halang tugas pegawai JAWI pada jamuan transgender
Bagi kes saman sivil pula, peguam itu berkata anak guamnya akan memfailkan permohonan bagi meminda penyataan tuntutannya.
Peguam Arik Zakri Abdul Kadir mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), selaku defendan dalam kes saman itu.
Pada 1 April 2019, Siti selaku plaintif menyaman JAWI dan 18 pihak yang lain termasuk pegawainya atas dakwaan menangkap dan menahannya secara salah semasa serbuan pada satu acara tertutup membabitkan komuniti transgender di sebuah hotel di sini, pada 2016.
Selain JAWI dan MAIWP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pegawai Penguatkuasa Wilayah Persekutuan, diikuti 14 pegawai penguatkuasa Jawi; Akmal Nadzim Abdullah, Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali, Farah Wahida Zulkiflee, Ruzaimie Mamat, Mohd Hasmizi Mohd Hassan, Mohd Shahrizan Yaacob, Mohd Khairuddin Mohd Noor, Rosyaimi Affendi Ruslan, Ahmad Naziz Lahori, Mohammad Izehar Md Amin, Mohd Faizal Mustapha, Mohd Fikri Abu Mansor, Mohd Faizal Roslan, dan Mohamad Bukhori Ahmad.
Dua lagi defendan adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Kerajaan Malaysia.
Dalam penyataan tuntutan, Siti mendakwa beliau ditahan selama empat jam semasa serbuan pada 3 April 2016 selain mendakwa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya hadir di majlis itu sebagai peguam kepada pihak penganjur.
Dakwa plaintif, beliau juga tidak dimaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukannya dan ia adalah bertentangan dengan Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan.
Akibat daripada penahanan itu, Siti mendakwa beliau telah mengalami penderitaan, penghinaan dan emosinya turut terganggu.
Pada 21 Ogos lepas, Mahkamah Majistret di sini melepas dan membebaskan Siti daripada pertuduhan menghalang tugas seorang pegawai JAWI selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan unsur-unsur pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan di akhir kes pendakwaan terhadapnya.
Majistret Tawfiq Affandy Chin ketika membuat keputusan itu berkata pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh adalah cacat kerana tidak dinyatakan secara spesifik bentuk halangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 22 2020
Pada Isnin, mahkamah melepas dan membebaskan peguam dan aktivis Siti Kasim daripada pertuduhan menghalang tugas seorang pegawai JAWI pada 2016. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Halang tugas pegawai JAWI pada jamuan transgender, pendakwaan rayu terhadap pembebasan Siti Kasim
Rayuan pendakwaan itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, Farah Azura Mohd Saad pada 5 Okt ini.