Tutup

Hanipa Maidin stabil, rebah akibat keletihan

Hanipa Maidin stabil, rebah akibat keletihan
Hanipa dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. - Foto Astro AWANI/Firdaus Azil
PUTRAJAYA: Keadaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin yang tiba-tiba rebah sewaktu Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri pagi tadi, dilaporkan stabil.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, mengesahkan perkara itu melalui satu tweet yang dimuat naik sebentar tadi.

"YB Hanipa sendiri telah menghantar mesej kepada semua ahli parlimen memaklumkan dia berada dalam keadaan baik dan sedang berehat. Apa yang berlaku mungkin disebabkan keletihan.

BACA: Saat-saat cemas Hanipa Maidin rebah

"Semua wakil rakyat sibuk bukan sahaja semasa pilihan raya, tetapi juga pasca pilihan raya apatah lagi selepas tertubuhnya Kabinet," kata Fahmi.
Beliau juga sempat meninggalkan pesan agar semua wakil rakyat mendapatkan rehat yang secukupnya dan menjaga kesihatan.

Hanipa dilaporkan kini menerima rawatan di Hospital Putrajaya.