Hanya 1.8 juta rakyat Malaysia telah mengisi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) secara dalam talian atau e-Census sejak dilaksanakan pada 7 Julai lepas, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Mohd Uzir berkata jumlah itu adalah rendah iaitu masih di bawah sasaran 30 peratus atau kira-kira 9 juta daripada keseluruhan 32.7 juta penduduk Malaysia.
Bagaimanapun beliau berharap jumlah itu akan terus meningkat walaupun mengakui sukar untuk mencapai sasaran awal.
"... Jadi (e-Census) kemungkinan rendah daripada yang disasarkan dan benda ini juga dijangkakan. Sebab banci ini adalah proses yang sinonim bahawa orang akan melawat ke rumah, jadi kalau menyatakan ia perlu diisi secara dalam talian, perkara itu agak tidak biasa.
"(Tetapi) semalam kami telah dapat peningkatan lebih 100,000 (bancian). Di peringkat akhir ini memang orang Malaysia akan buat dan kami jangka ia akan meningkat walaupun mungkin sasaran 30 peratus itu sukar dicapai," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Temu Bual Radio anjuran Bernama Radio yang bertajuk 'Banci dan Kesihatan'.
Mohd Uzir yang juga Pesuruhjaya Banci 2020 berkata daripada jumlah banci yang diterima setakat ini, di beberapa negeri menunjukkan peningkatan iaitu Putrajaya lebih 40 peratus manakala Perak melebihi 10 peratus dan Johor kira-kira 8 peratus.
Bagaimanapun, negeri di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu masih lagi rendah kira-kira dua peratus.
Fasa pertama Banci 2020 atau e-Census kini dijalankan secara dalam talian dari 7 hingga 30 Sept, diikuti fasa kedua yang akan dijalankan secara bersemuka oleh pembanci dari 7 hingga 24 Okt.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata setiap pembanci akan melawat 100 rumah sepanjang tempoh bancian fasa kedua dengan purata kira-kira lapan rumah sehari.
"Dalam sistem kami boleh lihat rumah mana yang telah menghantar e-Census tidak akan dilawati, sebab sudah ada dalam sistem. Jadi kami akan pergi ke rumah yang belum dibanci.
"Jadi kami menyeru kepada rakyat Malaysia yang masih berpeluang untuk melaksanakan e-Census ini untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing supaya tidak perlu menunggu pembanci untuk datang ke rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 24 2020
Hanya 1.8 juta rakyat Malaysia telah mengisi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) secara dalam talian atau e-Census sejak dilaksanakan pada 7 Julai lepas. - Bernama
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Seramai 14.3 juta rakyat Malaysia telah dibanci - Ketua Perangkawan
Seramai 14.3 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia telah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat hari ini.
Seramai 11.8 juta rakyat Malaysia telah dibanci - Ketua Perangkawan
Seramai 11.8 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia iaitu 36.1 peratus telah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.
Banci 2020: Sejumlah 4.5 juta penduduk telah dibanci melalui e-Census
Antara negeri yang merekodkan bancian tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak dan Selangor manakala Sabah serta negeri di Pantai Timur masih berada di jajaran bawah daripada 10 peratus.
COVID-19: Fasa kedua Banci 2020 dijadual semula, mula 20 Jan 2021
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dijadualkan semula berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 kebelakangan ini.
Banci 2020 fasa kedua secara bersemuka di Sabah ditangguhkan - DOSM
Pesuruhjaya Banci 2020 Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata keputusan itu diambil berikutan pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di negeri tersebut bermula 3 hingga 16 Okt ini.
Pra-pendaftaran banci dalam talian, e-CENSUS berakhir esok
Pra-pendaftaran Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) fasa 1 secara dalam talian (e-CENSUS) akan berakhir esok, pukul 11:59 malam.
Hanya 1.8 juta rakyat Malaysia respons e-Census - Ketua Perangkawan
Hanya 1.8 juta rakyat Malaysia telah mengisi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) secara dalam talian atau e-Census.
Banci 2020: Hampir 1 juta isi rumah isi e-Census
Hampir satu juta isi rumah menggunakan kaedah dalam talian atau "e-Census" bagi mengisi maklumat Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat ini.
Generasi muda disaran bantu ibu bapa isi maklumat banci secara e-Census
Generasi muda disaran membantu ibu bapa atau anggota keluarga masing-masing yang tidak berkemahiran mengakses Internet mengisi maklumat Banci 2020 secara dalam talian atau e-Census.
Jumlah penduduk Malaysia isi e-Census masih di bawah sasaran
Kurang daripada 10,000 isi rumah mengisi e-Census setiap hari berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 37,000 isi rumah.