Seorang lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan sebilah kapak berjaya melarikan sejumlah barang kemas dalam satu kejadian samun kedai emas pada petang Sabtu.
Kejadian berlaku jam 2.50 petang di sebuah kedai emas di Jalan Ibrahim, di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kejadian berlaku dengan pantas dimana suspek bertindak menyerbu masuk ke dalam kedai emas itu.
Ketika kejadian, terdapat dua orang pelangan dan empat pekerja.
Sejurus memasuki kedai emas terbabit, suspek mengeluarkan kapak dan pistol dari guni yang dibawa.
Suspek yang memakai baju panas berwarna putih kemudiannya bertindak memecahkan cermin meja pamer lalu merampas sejumlah besar rantai leher dari dua buah dulang.
Sebaik merampas barang kemas, suspek bergegas keluar dan melepaskan satu das tembakan ke arah pemilik kedai emas.
Namun tembakan mujur hanya mengenai besi penghadang.
“Suspek pakai sweater warna putih dan helmet full face bersenjatakan sepucuk pistol dan juga sebilah kapak.
“Kejadian ini mengambil masa lebih kurang dua minit dan kita dapati penjenayah ini telah melepaskan sekurang-kurangnya satu das tembakan tetapi tidak mengenai sebarang mangsa,” katanya.
Jumlah kerugian dianggar berjumlah RM200,000.
Hasil siasatan awal, polis percaya suspek yang menggunakan pistol jenis semi automatik datang berdua dimana rakannya dipercayai menunggu di motosikal di hadapan kedai..
Polis kini sedang mengesan suspek dengan bantuan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai bersebelahan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti lebih berat) iaitu samun dan melepaskan tembakan.
Sabit kesalahan boleh dihukum mati.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Dec 15 2018
Suspek yang memakai baju panas berwarna putih kemudiannya bertindak memecahkan cermin meja pamer lalu merampas sejumlah besar rantai leher dari dua buah dulang. - Foto Astro AWANI
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Polis kesan dua individu bakar pacuan empat roda
Polis sedang mengesan dua individu disyaki terlibat membakar kenderaan pacuan empat roda di Kampung Sungai Kayu, Damansara, tengah malam Ahad.
Polis ambil keterangan individu tinggalkan bagasi berisi wang tunai RM500,000
Polis telah mengambil keterangan seorang lelaki berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, pada 19 Mac lepas.
KK Mart: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu bagi membantu siasatan kes sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dilempar bom petrol pada minggu lepas.
KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail'
Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar molotov cocktail.
Suspek lempar bom ke arah KK Mart di Bidor dikesan menerusi CCTV
Polis percaya perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang telah memberhentikan keretanya di tepi jalan kira-kira pukul 5.35 pagi.
Pemilik stesen minyak hentian R&R mengaku jual RON95 kepada warga Thailand
Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Nor Rajjah Mat Zin.
Kes bayi maut dicampak: Polis rakam percakapan empat individu
Polis sudah merakam percakapan empat individu berhubung kes seorang bayi lelaki yang ditemukan maut di sebuah kondominum di Sri Petaling pada Sabtu lalu.
Airbnb haramkan pemasangan CCTV di unit sewaan bermula 30 April
Ia kini diharamkan penggunaannya sama sekali di keseluruhan unit bagi menjaga privasi penyewa.
Polis kesan dua lelaki sembur alat pemadam api samun kedai runcit
Polis sedang mengesan dua lelaki menggunakan alat pemadam api ketika melakukan samun di sebuah kedai runcit di Taman Desa Aman, Guar Chempedak di Yan.
Johor pertimbang pasang CCTV di surau dan masjid
Kerajaan Negeri Johor akan mempertimbang cadangan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di surau dan masjid untuk tujuan keselamatan.