PUTRAJAYA: Harga ayam kembali stabil ekoran pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021, di seluruh negara yang bermula hari ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, sebanyak 2,100 premis peruncit, pasar tani, kedai runcit, pemborong dan hypermarket, telah diperiksa hari ini.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, hanya dua laporan aduan diterima berkaitan harga ayam dijual melebihi harga maksimum iaitu RM7.90 sekilogram.
"KPDNHEP faham hari ini hari pertama Skim Harga Maksimum, jadi perlu ada ubah suai di peringkat pemborong dan peruncit. Kita akan beri ruang sewajarnya untuk semua pihak mengambil masa untuk patuh Skim Harga Maksimum," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Berhubung laporan keluhan peniaga ayam yang harga RM7.90 sekilogram seakan-akan membunuh mereka, Hasnol Zam Zam berkata SHMMP tidak membawa masalah kepada peniaga, kerana margin telah ditetapkan di setiap peringkat rantaian bekalan.
"Contohnya di peringkat ladang RM5.80, kemudian di peringkat pemborong ada harga yang telah ditetapkan mengikut kawasan. Jadi apabila diikut margin-margin yang telah ditetapkan itu, saya fikir tiada masalah.
"Mungkin sebelum ini bekalan yang dihantar kepada peruncit itu mengikut harga sebelum Skim Harga Maksimum berkuatkuasa. Apabila mula berkuatkuasa contoh pagi tadi tinjauan di Pasar Presint 8, didapati peniaga ayam menjual mengikut harga RM7.90 yang ditetapkan," katanya.
Hasnol Zam Zam turut menasihati semua pihak, untuk patuh kepada Skim Harga Maksimum demi kebaikan bersama.
BACA: Harga ayam naik: Dedak import mahal dikesan antara punca - KPDNHEP
"Ia dapat memastikan bekalan ayam dan barangan terkawal berada di paras mencukupi, dan pada masa yang sama kestabilan dari segi harga yang bukan sahaja pengguna dapat menikmati harga munasabah, tetapi juga peniaga," katanya.
Hasnol Zam Zam berkata, fasa pertama SHMMP Hari Raya Puasa melibatkan 12 jenis barangan terdiri daripada ayam, telur ayam, daging dan hasil laut, manakala kategori sayuran dan barangan kering akan diumumkan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021
Harga ayam kembali stabil ekoran pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021, di seluruh negara yang bermula hari ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.