HARGA runcit petrol RON97 turun 1 sen seliter daripada RM2.81 seliter kepada RM2.80 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 Mei ini.

Bagi tempoh yang sama, harga runcit RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga RON95 dan diesel sepatutnya lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan kerajaan.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.50 seliter dan RM2.47 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata kenyataan itu.

Berikut perincian subsidi yang ditanggung oleh kerajaan bagi mengekalkan harga RON95 dan diesel.


Tanggungan subsidi oleh kerajaan untuk tempoh 4  hingga 10 Mei 2019 mengikut Kementerian Kewangan.