Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 turun 10 sen, masing-masing kepada RM2.01 seliter dan RM2.29 seliter berkuat kuasa Khamis ini.

Harga diesel pula turun 13 sen kepada RM1.95 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga baharu itu menerusi infografik di laman Twitternya hari ini.

Ia turut menyatakan harga baharu tersebut akan berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam Khamis hingga 17 Mei minggu depan.

Sebelum ini, harga runcit mingguan bagi tempoh 4 Mei hingga 10 Mei bagi RON95 ialah RM2.11 seliter, RON97 (RM2.39) dan diesel (RM2.08) seliter.