Harga runcit produk petroleum RON95, RON97 dan diesel bagi minggu ini, bermula Khamis (31 Ogos) sehingga 6 September mencatatkan kenaikan.

Memetik kenyataan menerusi Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), berkuat kuasa tengah malam ini, harga RON95 dan RON97 mencatatkan kenaikan 1 sen masing-masing kepada RM2.16 dan RM2.44 seliter.

Sementara itu, diesel pula mencatatkan peningkatan 3 sen, dari RM2.01 kepada RM2.04 seliter.

Harga runcit mingguan ini akan berkuat kuasa tengah malam ini.