Harga produk bahan api petrol dan diesel mencatat kenaikan masing-masing empat sen dan harga baharu itu bermula tengah malam ini (2 November) hingga 8 November 2017.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi laman sesawangnya menyatakan harga baharu mingguan itu berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam ini.

RON95 kini ditetapkan pada harga RM2.24 seliter, berbanding RM2.20 seliter sebelum ini.

Manakala RON97 naik dari RM2.50 seliter kepada RM2.54 seliter.

Sementara itu, harga diesel yang sebelum ini berada pada harga RM2.13 naik empat sen kepada RM2.17.

Harga RON95, RON 97 dan Diesel