Harga produk bahan api petrol dan diesel mencatat penurunan dan harga baharu itu bermula bermula tengah malam ini (12 Oktober) hingga 18 Oktober 2017.

RON95 kini ditetapkan pada harga RM2.16 seliter, turun 3 sen berbanding RM2.19 seliter sebelum ini.

RON97 juga turun 3 sen, dari RM2.49 seliter kepada RM2.46 seliter.

Sementara itu, harga diesel turun 7 sen kepada RM2.10 seliter berbanding RM2.17 seliter pada minggu sebelumnya.