Harga runcit petrol RON 95 dan RON 97 masing-masing naik lima sen berkuat kuasa 1 Julai 2016.

Harga baharu RON 95 adalah RM1.75 sen seliter manakala RON 97 pada RM2.10 sen seliter.

Bagi diesel, harga runcit baharu adalah RM1.60 sen seliter.

Kali terakhir harga runcit bahan api dinaikkan adalah pada April lalu dan tidak berubah untuk tempoh tiga bulan.