Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 9 sen kepada RM2.59 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 1 Nov.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya RM2.29 seliter masing-masing.
"Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.38 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.31 seliter.
"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 26 Okt 2019 sehingga 1 Nov 2019 adalah berjumlah RM87.28 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 25 2019
Harga tersebut berkuat kuasa tengah malam ini (Jumaat) hingga 1 Nov. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
RON97 turun tiga sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak tiga sen kepada RM2.62 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter.
Harga runcit RON95, RON97 dan diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08, RM2.64 dan RM2.18 seliter, bagi tempoh 14 hingga 20 Disember.
Harga RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun tiga sen kepada RM2.56 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Nov.
Harga RON97 turun 9sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 9 sen kepada RM2.59 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 1 Nov.
RON97 naik 12 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 12 sen kepada RM2.79 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada kadar RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 4 Oktober.
Harga minyak RON97 turun 11 sen
Harga runcit RON95 dan diesel dikekalkan pada RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.