Harga siling petrol dan diesel akan tetap diumumkan pada setiap minggu seperti yang sedang dilaksanakan ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengumuman bahan bakar itu tetap dilaksanakan secara mingguan walaupun ada permintaan supaya ia dibuat secara bulanan.
"Ada orang kata tukar semula dari mingguan kepada bulanan. Tidak, sistem yang kita ada ketika ini akan kekal," katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini. hari ini.
Mengenai formula baharu bagi menentukan petrol dan diesel, yang bertujuan menstabilkan industri minyak negara, beliau berkata ia masih dalam peringkat kajian.
Menurutnya beliau telah bertemu dengan syarikat-syarikat minyak untuk membincangkan formula itu bagi memastikan ia tidak merugikan mana-mana pihak.
Pada Jumaat lepas, Hamzah berkata satu formula baharu harga minyak akan diumumkan bagi mengelak pengusaha stesen minyak kerugian sekiranya harga bahan api itu terus turun mengikut kaedah yang diguna pakai ketika ini.
Hamzah berkata kerajaan mahu formula itu memanfaatkan semua pihak termasuk pengguna, dan bukannnya menyukarkan mereka sekiranya stesen minyak ditutup akibat kerugian.
"Jarak purata stesen minyak adalah kira-kira 25 kilometer dari satu-satu tempat. Jadi, kalau ada yang tutup, pengguna juga akan susah terpaksa pergi jauh untuk mengisi minyak," katanya.
Ketika ini, terdapat 3,500 stesen minyak beroperasi di seluruh negara.
Mengulas mengenai sindiket skim piramid, MBI International, Hamzah berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan walaupun pihak syarikat terbabit mendakwa mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Tindakan kita (siasatan) untuk memastikan segala apa yang mereka (pihak syarikat) jalankan adalah mengikut undang-undang," katanya.
Semalam, Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menumpaskan skim itu melalui Op Token 2 yang dijalankan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara.
KPDNKK merampas wang tunai berjumlah RM688,000, tiga kenderaan mewah selain membekukan RM30 juta daripada akaun suspek serta 98 akaun lain membabitkan nilai RM209 juta, dalam operasi yang dijalankan di Butterworth, Pulau Pinang dan Taman MBI di Kulim, Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2017
Harga siling petrol dan diesel akan tetap diumumkan pada setiap minggu seperti yang sedang dilaksanakan ketika ini. -Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tahanan imigresen lolos: Hamzah arah siasatan terperinci kenal pasti punca
Semua agensi penguatkuasaan di bawah KDN telah dikerahkan dalam operasi bersepadu bagi menahan semula kesemua tahanan.
Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin
Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPT Bersatu setuju keluar PH 23 Februari lalu, bentuk gabungan baharu
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti-parti lain di luar gabungan itu.
Harga runcit petrol, diesel kekal diumum setiap minggu - Hamzah
Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengumuman bahan bakar itu tetap dilaksanakan secara mingguan walaupun ada permintaan supaya ia dibuat secara bulanan.
KPDNKK ambil tindakan jika ada pihak sorok, catut ikan kembung
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan jika ada pihak yang menyorok ikan kembung.
Kerajaan cadang wujud lebih banyak koperasi dalam sektor peruncitan, pemborongan
Kerajaan bercadang menubuhkan lebih banyak koperasi dalam sektor peruncitan dan pemborongan dalam usaha mewujudkan lebih banyak kedai harga patut.
'Apakah mekanisme yang awak mahu?', soal menteri kepada wartawan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) masih belum menetapkan sebarang mekanisme kawalan harga minyak masak.
Harga minyak masak paket 1kg kekal RM2.50, botol ikut harga pasaran
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ini berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.