Harga runcit petrol RON95, RON97, diesel turun

Harga runcit petrol RON95, RON97, diesel turun
Harga baharu bahan bakar terbabit akan berkuat kuasa dari 15 Mac sehingga 21 Mac 2018.
KUALA LUMPUR: Harga runcit bahan bakar petrol RON 95 turun tiga sen kepada RM2.18 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Sementara RON 97 pula turun dua sen kepada RM2.45 seliter.
Manakala harga runcit diesel pula turun satu sen kepada RM2.16 seliter.

Menurut laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga baharu bahan bakar terbabit akan berkuat kuasa dari 15 Mac  sehingga 21 Mac 2018.