Harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel naik 20 sen, manakala bagi RON97 naik 15 sen bermula tengah malam ini.

Kadar baharu berkuat kuasa 1 Januari 2017 bagi RON95 adalah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sen seliter untuk Disember.

Harga RON97 adalah RM2.40 berbanding RM2.25 seliter untuk Disember, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85 pada Disember.

Infografik Astro AWANI
Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz kepada Bernama.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus sejak 1 Disember tahun lepas berikutan penyingkiran subsidi bahan api.