Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel turun 5 sen, mulai tengah malam ini.

Kadar baharu berkuat kuasa 1 Disember bagi RON95 adalah RM1.90 seliter berbanding RM1.95 sen seliter untuk November.

Harga RON97 adalah RM2.25 berbanding RM2.30 sen seliter, manakala harga diesel ialah RM1.85 seliter berbanding RM1.90.

Grafik oleh Astro AWANI

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz mengesahkan perkara itu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus sejak 1 Disember tahun lepas berikutan penyingkiran subsidi bahan api.