Dalam kesibukan masyarakat dunia memerangi wabak COVID-19, mungkin ramai terlupa akan tarikh penting pada 5 Jun, iaitu Hari Alam Sekitar Sedunia.
Sambutan yang dimulakan sejak 1972 itu menuntut komitmen semua pihak dalam menjaga ekosistem alam sekitar agar dapat diwariskan kepada generasi akan datang.
Berikutan penularan wabak COVID-19 hampir ke seluruh dunia, sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini pasti berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya terutama dalam normal baharu yang dipraktik masyarakat hari ini.
Namun, usaha menyemarakkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar tidak pernah berhenti, malah sambutannya tetap diteruskan dengan tema yang signifikan dengan tekanan dihadapi alam sekitar hari ini.
Tema Biodiversiti dengan slogan 'Waktunya Untuk Alam', memperlihatkan kepentingan kepelbagaian biologi sebagai aset dunia yang sangat bernilai untuk kesejahteraan manusia sejagat.
Keseimbangan alam sekitar adalah bergantung kepada kepelbagaian biologi yang perlu diuruskan secara mampan bagi mengurangkan gangguan iklim, keselamatan bekalan air dan makanan selain mencegah kemunculan wabak baharu.
Menurut Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) S. Piarapakaran, tema yang dipilih tahun ini perlu menjadi renungan bersama bersesuaian dengan slogan 'Waktunya Untuk Alam'.
"Konsep 'masa untuk alam sekitar' perlu lebih komprehensif dan bukannya retorik bagi menyelesaikan isu-isu alam sekitar yang dihadapi dunia hari ini antaranya isu pemanasan global akibat pelepasan gas rumah hijau, pasang surut laut yang tidak menentu menyebabkan bencana alam ekstrem," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata banyak contoh di dada akhbar mahupun di media sosial memaparkan mengenai kesan positif alam sekitar yang dapat dilihat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di kebanyakan negara.
Antaranya, kualiti udara bertambah baik sehingga menampakkan Banjaran Himalaya dari jarak sejauh 200 kilometer sejak terlindung 30 tahun lepas disebabkan pencemaran dan kehadiran ikan lumba-lumba di Selat Bosphorus yang terkenal dengan kesibukan di Turki.
Bahkan di Malaysia, indeks pencemaran udara (IPU) di beberapa tempat dilaporkan berada pada tahap sederhana (bawah 60) dan tahap baik (bawah 50). Selain itu, beberapa sungai di Malaysia seperti Sungai Gombak, Sungai Way dan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang terkenal dengan isu pencemaran toksik serta dipenuhi tompokan minyak, semakin pulih dan jernih.
"Namun harus diingat, pelaksanaan PKP hanyalah sekadar mengurangkan aktiviti ekonomi manusia secara besar-besaran di seluruh dunia. Ia hanya bersifat sementara dan bukan kayu pengukur bagi mengurangan beban pencemaran daripada aktiviti manusia kepada alam sekitar.
"Apabila PKP ditamatkan, kita akan kembali kepada keadaan ekonomi yang biasa. Pada masa sama, permintaan kepada bahan mentah dan produk-produk juga akan kembali kepada rutin yang lama dan ini meningkatkan semula tahap pencemaran alam sekitar seperti sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Presiden Pencinta Alam Malaysia (MNS) Prof Dr Ahmad Ismail berkata sejak Malaysia melaksanakan PKP untuk mengekang COVID-19, jutaan rakyat berkurung dalam rumah dan ekonomi tidak beroperasi pada tahap normal.
Hikmahnya, banyak hidupan liar yang jarang dijumpai mula merayau masuk ke habitat manusia.
"Di seluruh dunia ada banyak cerita tentang hidupan liar masuk ke habitat manusia. Di Malaysia, ada juga laporan gajah dan kera masuk ke perumahan, penampakan memerang kembali di sungai-sungai utama.
"Fenomena ini berlaku kerana manusia berada di dalam rumah dan kurang pergerakan kenderaan hingga memberi peluang haiwan keluar dari hutan," katanya,
Menurut beliau, fenomena itu patut menjadi pengajaran kepada manusia tentang beberapa prinsip asas hubungan manusia, haiwan dan alam sekitar.
"Sekiranya kita mahu alam sekitar yang bersih dan harmoni, semua pihak mesti menjaganya dan perlu ada sistem dan teknologi bagi memastikan kualiti alam sekitar kekal terpelihara.
"Selain menghijaukan bumi, kita mesti melindungi dan pulihara habitat hidupan liar yang ada atau lindungi semua hutan simpan bagi memastikan keseimbangan biodiversiti di negara ini terus terpelihara," katanya.
Jadi, hargailah alam sekitar kerana wang tidak boleh mengembalikan alam kepada bentuk asalnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 05 2020
Beberapa sungai di Malaysia seperti Sungai Gombak, Sungai Way dan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang terkenal dengan isu pencemaran toksik, semakin pulih dan jernih. - Gambar fail
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Ahmad Ismail berusia 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada pukul 2 petang tadi.
NGO saran Hutan Simpan Tanjung Tuan dijadikan hutan pelancongan, pendidikan
Hutan seluas 607,000 meter persegi itu telah diiktiraf sebagai kawasan penting burung dan kepelbagaian biologi, selain sebagai tempat penting burung pemangsa oleh pertubuhan antarabangsa.
Cabaran getir menanti presiden baharu PSM
12 Februari ini seluruh ahli gabungan PSM kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sarawak akan memilih kepimpinan baharu.
Tok Mat tinggalkan kerusi nombor satu Pulau Pinang
Dia mengundur diri bagi mengelak sebarang konflik memandangkan sudah meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia, 4 Jun lalu.
Penyingkiran PSM kekal - ASTAF
Keputusan itu akan disampaikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan bersesuaian mengikut perundangan Malaysia.
Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.
ASTAF tambah penggantungan Tok Mat
Kini beliau perlu jalani hukuman penggantungan selama 17 tahun bermula 6 Mei 2021.
PSS persatuan terbaru keluar PSM
PSS merupakan persatuan ketiga mengambil tindakan itu selepas Gabungan Sepak Takraw Kelantan dan Persatuan Sepak Takraw Johor.
Tok Mat digantung 15 tahun, diberikan tempoh 14 hari untuk merayu
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun mulai esok oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) hari ini.
Tiada jawapan, ASTAF anggap Ahmad tidak minat bela diri
Abdul Halim berharap Ahmad dapat memberi kerjasama menghadiri prosiding tatatertib hari ini untuk menentukan status dan kedudukannya.