Tutup

Hari Bumi: Kesedaran rakyat Malaysia terhadap alam sekitar meningkat

Hari Bumi: Kesedaran rakyat Malaysia terhadap alam sekitar meningkat
Bagaimanapun, kata Jacob, pelbagai kempen dan usaha perlu dijalankan bagi menyemarakkan rasa cinta terhadap alam sekitar termasuklah melalui sistem Pendidikan.Gambar Youtube/Calvin Raqeem Jacob
KUALA LUMPUR: Kesedaran masyarakat mengenai alam sekitar dan ekosistem semula jadi dilihat mula menunjukkan peningkatan selepas program-program berkaitan persekitaran berjaya mendapat sambutan menggalakkan.

Buktinya, Pengarah Khazanah Nasional dan Pengarah Projek Taman Tugu, Calvin Jacob berkata, lebih 30,000 orang berkunjung ke Taman Tugu di Kuala Lumpur selepas enam bulan projek yang diterajui Khazanah Nasional Berhad itu dibuka kepada orang awam.
Bagaimanapun, katanya, pelbagai kempen dan usaha perlu dijalankan bagi menyemarakkan rasa cinta terhadap alam sekitar termasuklah melalui sistem pendidikan.

“Pertama sekali, saya fikir tingkatkan kesedaran masyarakat tentang Taman Tugu dan mempromosikan tempat ini. Kita tidak membuat masjlis perasmian terbuka, semuanya melalui media sosial dan juga sekolah-sekolah kebangsaan dan swasta.
“Bagi menggalakkan kesedaran, kami cuba menggalakkan orang ramai supaya menjaga tingkah laku. Misalnya, sekitar denai hutan (Taman Tugu), tiada satu tong sampah yang berada di sana kerana tidak mahu sampah itu disepah oleh monyet.

"Jadi, walaupun tiada tong sampah, kita perhatikan tiada pun orang yang membuang sampah sarap,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Bumi Sedunia, di sini, pada Sabtu.



Turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah.

Dr Mahathir ketika pada majlis tersebut mengatakan dalam usaha mencapai negara maju, kesejahteraan alam sekitar seperti sungai dan hutan perlu dijaga supaya ia tidak terancam.

BACA: Malaysia tidak akan jadi negara maju jika sungai, udara tercemar - Tun M

Mengulas lanjut, Jacob berkata pelbagai usaha kini sedang dirangka bagi memastikan warisan negara terus kekal dan terjaga.

Jelasnya, setakat ini kira-kira 40 ekar daripada keseluruhan 66 ekar kawasan Taman Tugu termasuk denai rimba telah dibuka kepada orang ramai secara percuma dan dijangka 20 ekar lagi dibuka menjelang tahun 2021.

“Menjelang tahun 2021 dan ideanya adalah, tanah ini akan  dipindahkan kepada Amanah Awam yang dihasratkan untuk dipanggil “Amanah Warisan Negara”,” katanya.


Tag: Hari Bumi Sedunia, Taman Tugu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Khazanah, pendidikan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.