Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bakal menampilkan kelainan dengan menghidupkan semula suasana sambutan kemerdekaan pada 1957 di Dataran Merdeka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Salleh yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 berkata ia merupakan antara pengisian acara pada perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini.
"Ketika dunia berasak-asak menuju ke hadapan untuk mencapai kemajuan, kita kadang-kadang terlupa asasnya pemimpin terdahulu bersusah payah untuk memerdekakan negara kita daripada penjajah. Anak-anak mungkin tidak sedar.
"Sehubungan itu, kami ingin memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa kemerdekaan bukan mudah untuk dicapai. Adalah penting agar rakyat Malaysia merasa terhutang budi kepada pengorbanan pemimpin terdahulu yang berusaha memerdekakan negara.
"Kita harus berkorban untuk negara walaupun terdapat perbezaan pandangan politik dan pendekatan, namun soal negara, kita harus bersatu padu agar Malaysia terus mengecapi kejayaan dan kemajuan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Kompleks KKMM di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.
'Negaraku Sehati Sejiwa' dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia tahun ini yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada 16 Sept, katanya.
Salleh berkata sempena acara perbarisan dan perarakan pada tahun ini, skrin LED gergasi sepanjang 200 meter panjang dan 9 meter tinggi akan ditempatkan di sekeliling Dataran Merdeka bagi memaparkan kombinasi persembahan di padang, udara serta video dan multimedia bagi memberikan impak penceritaan yang lebih menarik kepada pengunjung.
Beliau berkata sebanyak 12 acara utama dilaksanakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan Amanat Merdeka pada 4 petang di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 30 Ogos dan diikuti sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
"Sambutan Ambang Merdeka tahun ini terdapat sedikit perbezaan, ia akan diadakan selepas majlis penutupan Sukan SEA. Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan," katanya.
Beliau menambah acara-acara lain yang bakal mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia termasuk Merdeka My Buddies Run (20 Ogos), Doa Untuk Malaysia (12 Ogos) dan Kayuhan Merdeka (6 Ogos), NBOS@Merdeka (sepanjang bulan Ogos), Merdeka@Komuniti, dan Karnival Hari Malaysia (15-17 Sept).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2017
Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bersama Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad ketika sidang media berkaitan Sambutan Hari Kebangsaan 2017 hari ini. - Foto Bernama
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.