Hari ini tenaga kerja Malaysia meraikan sambutan Hari Pekerja dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan suasana berbeza selepas menempuhi pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.
Tidak ada perhimpunan hari pekerja seperti kebiasaannya baik yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan mahupun negeri dan ini adalah sebahagian dari normal baharu yang perlu dilalui masyarakat Malaysia kini.
Hari Pekerja kali ini disifatkan 'unik' kerana berjaya menaikkan semangat pekerja untuk memberikan yang terbaik kepada kesejahteraan negara, terutama petugas barisan hadapan sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang bekerja tanpa mengenal penat lelah sementara pekerja yang bukan daripada sektor yang dibenarkan kerajaan untuk beroperasi kekal duduk di rumah untuk bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan pandemik itu .
Dalam pada itu tidak dilupakan juga ada pekerja yang pendapatan mereka terjejas ketika wabak pembunuh ini mengganas, antaranya sektor pelancongan dan juga sektor perniagaan kecil-kecilan seperti makanan yang walaupun masih boleh beroperasi tetapi terhad dengan kekangan PKP.
Dengan lengkung pandemik yang mula berjaya diratakan dan bilangan kes positif COVID-19 secara harian yang konsisten iaitu pada kadar dua angka dalam tempoh 14 hari berturut-turut sejak 17 April lepas menyaksikan Malaysia kini memberikan sedikit kelonggaran dalam peraturan 'sekatan pergerakan' yang kini dilanjutkan sehingga 12 Mei ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat semalam, penularan COVID-19 di negara ini telah menjangkiti 6,002 orang dan meragut 102 nyawa. Namun berita baiknya, kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj kini meningkat sebanyak 4,171 kes atau 69.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Hari ini juga masuk hari kelapan berpuasa dan sudah pastinya ramai umat Islam sangat merindukan untuk melakukan ibadah solat sunat tarawih secara berjamaah di surau dan masjid, selain sudah tujuh kali solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan berikutan pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lepas akibat pandemik COVID-19.
Seminggu ini sudah tentunya muncul imam-imam baharu, baik yang muda mahupun yang sudah meningkat usia kerana mahu menunaikan solat sunat tarawih di rumah bersama keluarga tersayang -- satu kesan positif dilihat daripada satu sudut arahan PKP.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam program temu bual semalam memberitahu pihaknya sedang berbincang dan merangka garis panduan bagi membolehkan aktiviti ibadah termasuk solat berjemaah dilakukan kembali, namun bergantung kepada kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 01 2020
Jambatan Saloma Link dinyalakan dengan lampu biru sebagai tanda solidariti kepada barisan hadapan yang terlibat dalam perang melawan COVID-19. Kempen Light It Blue bermula malam 30 April hingga jam 1 pagi 1 Mei sempena Hari Pekerja. --fotoBERNAMA
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan dilancar 1 Mei ini
Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan ini akan melihat kepada kelompangan dan kesenjangan yang wujud dalam dokumen dasar masa kini.
274 juta rakyat China melancong sempena cuti Hari Pekerja
Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menganggarkan seramai 274 juta pelancong tempatan melancong di dalam negeri sepanjang cuti Hari Pekerja bermula 29 April hingga 3 Mei.
Lebih 780,000 orang sertai protes Hari Pekerja di Perancis
Kira-kira 782,000 orang menyertai protes Hari Pekerja Antarabangsa tahun ini di seluruh Perancis.
Sambutan Hari Pekerja di Perancis bertukar ganas, 108 anggota polis cedera
Demonstrasi yang bermula secara aman namun dicemari dengan kumpulan radikal yang melemparkan bom petrol dan bunga api dan 291 orang ditahan
Antara kaji gaji sektor awam, caruman KWSP majikan
Kerajaan Perpaduan sentiasa memastikan hak pekerja termasuk penjawat awam diutamakan.
Tiga ditembak perhimpunan Hari Pekerja bertukar menjadi rusuhan
Keadaan menjadi tidak terkawal apabila sebahagian peserta protes menggunakan kekerasan dalam demonstrasi mereka.
Wajibkan sistem upah berkait produktiviti - Ahli Majlis NCCIM
Gesaan itu bertujuan untuk memaklumkan bahawa sistem gaji di Malaysia semakin ketinggalan zaman dan perlu diubah.
Bekerjasama erat persiap sumber manusia pacu pertumbuhan ekonomi negara - Anwar
Anwar dalam catatan di Facebook sempena sambutan Hari Pekerja hari ini berkata semua pihak mesti berusaha dan bekerja kuat demi memastikan Malaysia terus maju pada masa hadapan.
Menteri Kabinet zahir penghargaan atas sumbangan pekerja dalam bangunkan negara
Hari Pekerja adalah hari untuk mengingati dan menghargai sumbangan golongan pekerja yang banyak menyumbang ke arah memberikan khidmat terbaik demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat.