Sentiasa tolong-menolong dan menjadikan bapa sebagai pakar rujuk menjadi kunci kejayaan kepada empat adik beradik daripada empat emak berbeza pada Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kali ke-89 di sini, semalam.
Lebih manis apabila keempat-empat mereka iaitu, Juliana Aziera Zulkepli, 21, serta adik-adiknya, Ayu Shaheera, Zul Azril dan Zul Azrul merekodkan kejayaan yang cemerlang dengan menerima anugerah naib canselor dan diploma kelas pertama.
Juliana Aziera berkata, sekalipun tidak tinggal sebumbung namun mereka mempunyai hubungan yang rapat sama seperti adik beradik yang lain malah sering disalahanggap sebagai kembar kerana mereka seusia.
Katanya, sejak kecil, selain belajar di sekolah, mereka juga belajar di rumah bersama-sama dengan tunjuk ajar bapa mereka, Datuk Dr Zulkepli Mohamad.
BACA: Tiga graduan UPM ini lakar sejarah tersendiri
"Kami berempat macam belangkas sejak kecil, belajar bersama-sama dan banyak menghabiskan masa bersama memandangkan kami sebaya dan banyak benda boleh dikongsi.
"Selain guru, papa yang banyak membantu kami dalam pelajaran. Dia yang jadi guru dan bantu kami di rumah malah sanggup pergi kelas semata-mata untuk bantu kami mengulangkaji pelajaran.
"Keadaan itu tetap sama sehinggalah kami menamatkan diploma perakaunan ini," katanya.
Juliana Aziera dan Ayu Shaheera memilih untuk berehat seketika sambil bekerja di firma akauntan milik bapa mereka manakala Zul Azril dan Zul Azrul menyambung pengajian di peringkat ijazah.
Sementara itu, Zulkepli, 54 yang pernah menjadi tukang karut dikir barat dan dikenali sebagai Zul Wisma berkata, kejayaan anak-anaknya itu cukup bermakna buat keluarga besarnya dan berharap mereka akan menjadi contoh kepada adik beradik yang lain.
Menurut Pengerusi Eksekutif Zulkepli & Co. itu, selain hasil didikan guru di sekolah, kecemerlangan anak-anaknya turut didorong oleh kebahagiaan yang dipupuk dalam rumah tangga beliau.
Katanya, empat isterinya, Datin Hasnah Mat Ya, 59; Rafizah Senawi, 51; Nurida Razali, 51, serta Norreha Abdul Rahman, 48, amat rapat dan memahami antara satu sama lain.
Tambahnya, keakraban isteri-isterinya itu membolehkan kesemua 11 anak mereka turut membesar sebagai satu keluarga dalam suasana harmoni.
"Selain ilmu dunia, saya juga menekankan ilmu akhirat kepada anak-anak dan seluruh keluarga agar mereka berjaya dalam kedua-dua bidang dan sentiasa dekat dengan ALLAH.
"Sekalipun sibuk dengan tugas harian, saya akan pastikan anak-anak sentiasa dekat dengan saya.
"Anak-anak tidak pernah hadiri kelas tambahan di luar sebaliknya saya berusaha ajar mereka sendiri di rumah.
"Ia bukan sahaja membantu mereka cemerlang dalam pelajaran tetapi lebih penting mengeratkan hubungan antara kami semua," katanya.
Sinar Harian
Sun Oct 28 2018
Keakraban isteri-isterinya itu membolehkan kesemua 11 anak mereka turut membesar sebagai satu keluarga dalam suasana harmoni. - Foto Sinar Harian
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
10 tahun menanti, pasangan suami isteri kini bergelar 'Doktor'
Mohd Akhmarudi dan Musliza dari Bachok, Kelantan berjaya menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Baru bergraduasi, gaji bulanan sudah RM15,000
Beliau yang kini bergelar pembangun laman sesawang, merupakan graduan kohort pertama untuk program berkenaan di UUM sejak diperkenalkan pada 2019.
Pengantin baharu kongsi pentas konvokesyen di UniSZA
Tetap gembira dan teruja kerana majlis perkahwinan dan graduasi itu menjadi saat paling bermakna dalam hidup mereka.
Bukan setakat hebat di gelanggang, atlet Fariha Razak juga bijak akademik!
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi itu turut menerima Anugerah Dekan dari Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim.
Tahniah! Pelakon 'Encik Ngok Ngek', Fikry Ibrahim berjaya genggam segulung ijazah
Untung siapa dapat Fikry ni kan?
#AgongKita: Agong zahir pujian buat pelajar bekerja tukang cuci untuk bawa ibu bapa hadir majlis graduasi di UK
Kerana tersentuh dengan kisah hidup dan mengagumi usahanya yang bekerja keras dan dedikasi, Seri Paduka menzahirkan ucapan tahniah kepada Afiq atas kejayaannya yang luar biasa.
Harmoninya, anak empat madu konvo bersama
Sentiasa tolong-menolong dan menjadikan bapa sebagai pakar rujuk menjadi kunci kejayaan kepada empat adik beradik daripada empat emak berbeza pada konvokesyen UiTM.
'Penuh drama, yang tahu tahulah' - Sufian Suhaimi dapat Masters
Tahniah Sufian!
Genius! Baru lapan tahun dah masuk universiti
Laurent berkata dia suka subjek matematik kerana skopnya begitu luas, selain mempunyai statistik, geometri dan algebra.