Bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEI0) Datuk Hasanah Ab Hamid hari ini kalah dalam kes menyaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Malaysia.
Saman pemula itu berkaitan tindakan SPRM tidak membenarkan Hasanah berjumpa dan berunding dengan peguamnya ketika beliau direman enam hari berhubung tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas menolak saman pemula dikemukakan Hasanah, 61, terhadap SPRM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Dalam penghakimannya, Nordin berkata Seksyen 28A(8) dan (9) Kanun Tatacara Jenayah (CPC), yang menyentuh tentang hak seseorang yang ditangkap, tidak melanggar Perkara 5(3) dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, kedua-dua Seksyen itu tidak menyekat hak untuk berunding dengan peguam, tetapi menggantung hak itu sementara siasatan dijalankan semasa tempoh reman.
"Kedua-dua Seksyen itu terpakai bagi sesiapa juga yang ditangkap. Ia adalah undang-udang yang sah dan tidak melanggar Perkara 5(3) dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan," katanya sambil menjelaskan bahawa Seksyen 28A(8) dan (9) CPC tidak bersifat menindas.
Beliau merujuk kepada dua keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyebut bahawa hak untuk berunding dengan peguam bermula pada hari tangkapan dilakukan, tetapi tidak boleh ditunaikan sekiranya ia menghalang siasatan polis.
"Tugas polis adalah melindungi orang ramai. Hak itu tidak boleh ditunaikan sekiranya ia menjejaskan sabarang siasatan oleh pihak polis. Saya tidak mempunyai sebab untuk menyimpang daripada keputusan mahkamah tertinggi itu," kata Nordin.
Dalam saman difailkan pada 30 Ogos, Hasanah memohon mendapatkan perisytiharan bahawa sepucuk surat pemberitahuan yang dikeluarkan SPRM mengikut Seksyen 28A(8)(9) Kanun Tatacara Jenayah bagi menyekat beliau daripada berunding dengan peguamnya semasa tempoh beliau direman, melanggar Perkara 5(3) dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, Hasanah mendakwa Seksyen 28A adalah tidak sah dan batal serta tidak boleh dikuatkuasakan terhadapnya.
Dalam afidavit sokongan dikemukakan seorang lagi peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, peguam itu berkata firma guaman berkenaan difahamkan bahawa Hasanah ditangkap SPRM pada 28 Ogos dan anggota keluarganya mengarahkan beliau supaya hadir pada prosiding reman di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Peguam itu mendakwa bahawa satu-satunya cara untuk beliau mengetahui sebab Hasanah ditangkap dan akan disiasat mengikut Seksyen mana, adalah dengan berjumpa Hasanah secara peribadi di lokap mahkamah sebelum kes remannya dibawa ke hadapan hakim.
Bagaimanapun, Mohd Khairul mendakwa bahawa sepucuk surat pemberitahuan mengikut Seksyen 28A (8) (9) CPC diserah kepada pasukan peguam berkenaan semasa prosiding reman diadakan dan ini menafikan hak waniita berkenaan untuk berunding dengan peguamnya.
Katanya, Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa apabila seseorang ditangkap, dia perlulah dibenar berunding dan dibela pengamal undang-undang yang menjadi pilihannya.
Hasanah direman enam hari mulai 29 Ogos bagi membantu siasatan berhubung perbuatan menyalahguana kuasa dan menyelewengkan dana PRU14. Beliau dibebaskan pada 3 Sept dengan ikat jamin SPRM.
Bercakap kepada media di luar mahkamah, peguam Datuk Shaharudin Ali, yang mewakili Hasanah, berkata beliau akan memfailkan rayuan tentang keputusan itu hari ini di Mahkamah Rayuan. SPRM dan Kerajaan Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan Norzilati Izhani Zainal @ Zainol.
Semalam, Hasanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan US$12.1 juta (kira-kira RM50.3 juta) kepunyaan Kerajaan Malaysia.
Bernama
Fri Oct 26 2018
Semalam, Hasanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan US$12.1 juta (kira-kira RM50.3 juta) kepunyaan Kerajaan Malaysia. - Gambar fail
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
10 Berita Pilihan - (24 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [24/04/2024] – Penghormatan terakhir | Anak MB direman | Didakwa tujuh pertuduhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.