Sempena hari lahir Perdana Menteri kesayangan Malaysia yang ke-94, Tun Dr Mahathir Mohamad kini trending di laman sosial Twitter.

Berada di kedudukan pertama carta trending dengan hashtag #TunM94, rata-rata rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan hari lahir.



Antaranya, pemilik akaun @Irfan_Newboys yang menyifatkan Dr. Mahathir sebagai seorang ketua yang tulus.

"Happy birthday Tun @chedetofficial. You are the true leader of Malaysia. Your leadership and passion to change the nation will never be replace and never be forgotten. Semoga Tun diberkati Allah swt selalu. Thank you for the sacrifice to save the nation. #TunM94," tulisnya.



Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 ketika berumur 56 tahun dan meletakkan jawatan pada 2003.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Dr. Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri yang tertua di dunia.

Bersempena dengan hari istimewa tersebut, Gempak ingin menghadiahkan remake khas lagu popular berjudul Standing In The Eyes of The World sebagai penghargaan buat Dr Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Lebih indah lagi, lagu berkenaan dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, ratu rock negara, Ella bersama komposer, Datuk Wah Idris serta penyanyi cilik, Kashika, Umairah, El, Yoyo dan Adinda.

Menerusi muzik video itu juga, turut dirakamkan momen-momen manis dan gelagat comel Dr Mahathir bersama isterinya yang pasti membuatkan anda tersenyum.