Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya berhenti memperlakukan wanita sebagai objek, sebaliknya menjadi lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.
Perdana Menteri berkata beliau kesal dengan peristiwa membabitkan poster gadis iklan sebuah syarikat minyak yang tular baru-baru ini, walaupun ada yang berniat untuk sekadar berjenaka.
"Tindakan mereka yang terlibat membuat aksi-aksi yang tidak senonoh walaupun terhadap poster, sangat mengecewakan, memalukan dan bertentangan dengan budaya serta peradaban kita," kata Najib menerusi catatan dalam laman rasmi blog beliau, www.najibrazak.com, Sabtu malam.
Perdana Menteri berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan satu penghinaan dan kurangnya rasa hormat segelintir pihak terhadap kaum wanita.
"Berhentilah memperlakukan wanita sebagai objek. Kita bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk kaum wanita yang juga merupakan ibu, isteri, anak atau adik beradik kita.
"Walaupun ada yang berniat untuk sekadar berjenaka, saya mahu kita semua lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.
BACA: Poster gadis mineral 'dicabul', Shell arah iklan ditarik balik
BACA: Cabul poster: Saya maafkan mereka - Gadis Shell
BACA: Cabul poster Shell: Haram guna iklan kadbod wajah wanita - Dr Harussani
"Bayangkan jika perlakuan serupa dilakukan terhadap ahli keluarga kita sendiri sama ada anak, ibu, kakak atau pun adik?" kata Najib.
Sehubungan itu, perdana menteri berharap masyarakat kembali berpegang kepada prinsip Rukunegara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
Menurutnya budaya hormat-menghormati merupakan elemen penting untuk setiap manusia terus hidup bersama secara aman dan damai.
"Islam juga mengajar kita untuk menghormati wanita, malah turut meletakkan mereka di kedudukan yang tinggi sebagaimana perkongsian saya yang lepas di www.najibrazak.com/bm/blog/kehebatan-tokoh-tokoh-wanita-dalam-sejarah-islam," kata Najib.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2017
Menurut Perdana Menteri, kita semua bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk kaum wanita yang juga merupakan ibu, isteri, anak atau adik beradik kita. - Gambar fail
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Aktiviti keagamaan, riadah bersama keluarga warnai sambutan ambang tahun baharu 2024
Ketibaan Tahun Baharu 2024 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas kejam oleh rejim
Graduan Palestin hadir majlis konvokesyen tanpa keluarga tercinta
Ibu, bapa serta ahli keluarga Hanan Kamel tidak dapat hadir menyaksikan majlis konvokesyennya disebabkan konflik yang melanda negaranya ketika ini.
Kos makan luar antara RM200 hingga RM2,500 sebulan
Mereka berpendapat jumlah wang yang dikeluarkan untuk makan di kedai adalah tidak jauh berbeza berbanding kos memasak di rumah.
Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok
Satu jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam akan diserah kepada keluarga esok pagi, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Keciciran pelajar bukan hanya disebabkan kemiskinan
Antara faktor lain keciciran pelajar dalam pendidikan ialah persekitaran sekolah, taraf pendidikan keluarga termasuk kreativiti guru.
'Saya yang kena tuduh, saya pula kena isytihar harta' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti terhadap kenyataan yang mendakwa beliau menggunakan kuasa untuk memewahkan diri dan keluarga.
Keluarga Malcolm X fail saman ke atas FBI, CIA dan polis
Jabatan Polis New York dalam pada itu enggan mengulas proses perundangan yang masih berjalan.
Lebih sebulan hilang ketika tunai umrah, usaha cari guru diteruskan keluarga
Muhammad Nabil, 26, berkata dia sendiri akan berangkat ke Mekah pada 20 Januari dan akan berada di Tanah Suci selama kira-kira 14 hari.
Poligami perlu ikut undang-undang, jujur dengan pasangan - Exco
Ada enakmen digubal demi kebajikan dan kepentingan pihak-pihak dalam perkahwinan termasuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan saudara-mara.
Konflik kerja-keluarga: Implikasi negatif terhadap kesihatan
Jika diperincikan lagi, penglibatan wanita secara aktif dalam tenaga kerja merupakan salah satu faktor penyumbang kepada timbulnya isu ini.