"Henti sebar video fitnah" - Saifuddin

"Henti sebar video fitnah" - Saifuddin
Saifuddin yang juga Menteri Luar turut menyifatkan penyebaran klip video berkenaan sebagai amalan politik kotor yang tidak akan membawa negara ini bergerak ke hadapan.
KUALA LUMPUR: Penyebaran klip video intim mirip seorang menteri sejak semalam perlu dihentikan segera dalam membanteras gejala fitnah berlarutan.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah berkata, fitnah itu bukan sahaja merupakan satu dosa malah perbuatan berkenaan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Saifuddin yang juga Menteri Luar turut menyifatkan penyebaran klip video berkenaan sebagai amalan politik kotor yang tidak akan membawa negara ini bergerak ke hadapan.
"Kita dalam PH berusaha untuk menegakkan amalan politik baharu yang antara lain bermakna politik hikmah dan bukannya politik fitnah.

"Perkara ini perlu dihentikan segera kerana membawa kita ke dalam alam fitnah yang tiada henti sebaliknya harus tumpu perhatian membangunkan negara dan beri hikmah pada rakyat," katanya kepada media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen dan PH Indera Mahkota di Dewan Atabara di Indera Mahkota di sini malam tadi.

Semalam, individu yang didakwa bersama lelaki mirip menteri Kabinet tersebut dalam video berkenaan tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi itu.


Dalam pada itu, Saifuddin turut mengalu-alukan pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan segera dalam isu berkenaan termasuk melakukan siasatan dan lain-lain.





Tag: Saifuddin Abdullah, Pakatan Harapan, video, polis, fitnah, SPRM, Media


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.