Lebih banyak pertubuhan hak asasi manusia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengutuk layanan tidak berperikemanusiaan oleh majikan yang dikatakan menyebabkan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Pulau Pinang meninggal dunia baru-baru ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kerajaan akan memastikan tindakan sewajarnya diambil ke atas majikan terbabit yang disyaki mendera pembantu rumah itu demi memastikan keadilan dilaksanakan.
"Malaysia adalah negara berdaulat dan menghormati hak manusia. Perlembagaan Malaysia menjamin hak berasa selamat dan dilindungi pada setiap masa tidak kira mereka warga tempatan atau warga asing," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Adelina Lisio, 28, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam pada Ahad lepas, setelah dipercayai didera oleh majikannya di sebuah rumah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
BACA: Amah didera majikan, dibiar tidur luar dengan anjing
Menurut laporan, beberapa jiran mendakwa wanita berkenaan dipaksa tidur bersama seekor anjing jenis Rottweiler di anjung rumah selama lebih sebulan sebelum dia ditemukan pada Sabtu.
BACA: Amah disyaki didera meninggal dunia
BACA: Amah mati didera: Wanita warga emas ditahan polis
BACA: Amah mati didera - Majikan direman tujuh hari
Organisasi hak asasi manusia dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengingatkan majikan yang menggaji pembantu rumah supaya menghormati 'dignity of labour' pembantu rumah tersebut dan tidak menjadikan mereka seperti hamba.
BACA: Lam Thye mahu kematian amah disiasat hingga ke akar umbi
Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tan Sri Razali Ismail berkata sebagaimana peraturan pekerja yang perlu dituruti dalam sektor lain, ia sepatutnya turut terpakai kepada pembantu rumah.
"Cuma bila dalam kilang misalnya, pekerja yang teraniaya dilindungi oleh 'union', tetapi jika di dalam rumah, tiada siapa boleh kawal, jadi majikan itu sendiri perlu tahu batas mereka dan menghormati hak pekerja," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
BACA: Serahkan kepada polis untuk siasat - Konsulat Indonesia
Razali, bekas wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu berkata kes sebegini mungkin tidak sampai ke tahap membimbangkan, tetapi jika tidak diambil perhatian ia boleh menjadi satu perkara serius.
"Masyarakat juga perlu menjadi mata dan telinga, jika tahu akan kes-kes sebegini (pembantu rumah didera) laporkan pada pihak berwajib," katanya sambil menegaskan majikan terlibat yang didapati bersalah mesti dihukum dengan sewajarnya.
BACA: Dera amah - Jiran sering dengar jeritan, diberi amaran jaga hal sendiri
Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene A Das berharap kerajaan dan kementerien-kementerian berkaitan mengambil operhatian terhadap kes Adelina.
"Kami menggesa supaya undang-undang berasingan digubal dengan kerja-kerja rumah yang dilakukan mereka diiktiraf sebagai kerja dan wanita yang menjadi pembantu rumah diiktiraf sebagai pekerja dan bukan sebagai amah," kata beliau.
Sementara itu, Presiden Majlis Pertubuhan Kebangsaan Wanita Malaysia (NCWO), Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata perbuatan mendera pembantu rumah oleh majikan sebagai tidak berperikemanusiaan.
"Malah penderaan terhadap sesiapa pun tidak boleh diterima, saya berharap semua pihak berjaga-jaga (vigilant) terhadap sebarang kes penderaan yang berlaku di sekeliling mereka, laporkan jika ada maklumat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2018
Adelina Lisio, 28, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam pada Ahad lepas, setelah dipercayai didera oleh majikannya di sebuah rumah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. -Gambar fail
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.
Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari
Sekurang-kurangnya 316 orang maut akibat demam denggi berdarah di Indonesia setakat Februari tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dante Saksono Herbuwono.
1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia
Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia pada Ahad.