Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang dilaporkan di seluruh negara berdasarkan dua hari kebelakangan ini menunjukkan aliran menurun.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, usaha pencegahan HFMD yang digiatkan Kementerian Kesihatan merupakan tanda komitmen pihaknya bagi menangani penyakit ini.

"Saya berharap semua pihak, baik ibu bapa atau pengusaha taska, tabika dan tadika memastikan kebersihan diri dan ahli keluarga khususnya anak-anak kecil terjaga," katanya.

Beliau mengeluarkan kenyataan akhbar tersebut selepas menghadiri Sesi Townhall bagi HFMD di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya pada Jumaat.

Berdasarkan rekod KKM, sebanyak 710 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara pada 9 Ogos.

Jumlah kes HFMD daru 1 Januari hingga 8 Ogos tahun ini adalah 47,171 kes.