Ribuan peserta perhimpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan Malaysia tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Peserta Wan Harfizie Wan Mustapha merakamkan ucapan syukur kerana kerajaan Malaysia komited atas penolakan ICERD.

"Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan dan kami berhimpun atas tanda syukur," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Sabtu.

Hasil tinjaun Astro AWANI kelihatan lebih ramai orang yang hadir dan membanjiri di tempat berbeza seperti Dataran Merdeka, SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara.