Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan menunaikan solat Zuhur di Masjid Negara bersama peserta Himpunan 812.

Ahli Parlimen Bgan Datuk itu dijangka bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kelab Sultan Sulaiman sebelum kedua-dua mereka berarak ke Jalan Raja.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula akan bersama ahli-ahli UMNO dari ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

BACA: LAPOR LANGSUNG: Ribuan peserta berkumpul di sekitar ibu negara

Kesemua pemimpin utama ini serta wakil-wakil badan bukan kerajaan dijangka tiba di Jalan Raja sekitar jam 3 petang nanti.

BACA: Himpunan 812: Ellie Suriati berkebaya putih turut perhimpunan

BACA: #Himpunan812: 5,000 mula berkumpul, bilangan dijangka meningkat - Ketua Polis Negara